CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8265|Reply: 0

[Terengganu] Wanita tabah jaga ibu, anak hidap angin ahmar

[Copy link]
Post time 9-1-2024 01:19 PM | Show all posts |Read mode

Zainab bersma suaminya Mohamad Sabudin terpaksa menjaga anak dan ibunya yang menghidap penyakit angin ahmar. FOTO NAZDY HARUN

Kuala Berang: Seorang wanita melakukan pengorbanan besar dalam hidup apabila sanggup berhenti kerja demi menjaga anaknya yang diserang angin ahmar sejak lima tahun lalu.

Zainab Ali, 57, dari Kampung Cheting, di sini, berkata dia nekad untuk berhenti kerja di sebuah kilang kayu kerana anaknya Mohamad Shuhairi Asmadi Mohamad Sabudin, 34, amat memerlukan penjagaan sepanjang masa.

Menurutnya, kali pertama Shuhairi diserang angin ahmar kira-kira lima tahun lalu ketika berada di atas pokok petai.

Katanya, ketika kejadian anaknya tersangkut di atas pokok sebelum dibawa turun oleh rakannya.



"Selepas itu kesihatan anak saya sedikit pulih, namun tiga tahun kemudian dia (anak) kembali diserang penyakit sama dan kini hanya mampu terlantar di rumah.

"Akibat penyakit itu, anak saya kini hanya bergantung sepenuhnya kepada susu khas yang mana tiub dipasang melalui hidungnya selain terpaksa menggunakan lampin pakai buang," katanya.

Menurutnya, sejak dua bulan lalu, ibunya Alus Hassan, 80, pula diserang angin ahmar selain disahkan mengalami masalah usus bocor.

Katanya, dia bersama suami Mohamad Sabudin Kassim, 63, kini bergilir-gilir menjaga kedua-dua insan tersayang yang menderita penyakit berkenaan.

"Saya memerlukan lebih RM2,000 sebulan untuk menampung kos membeli susu khas dan lampin pakai buang yang digunakan ibunya serta anaknya.

"Sebelum ini, suami bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah, namun atas faktor usia dia (suami) kini sudah tidak bekerja.

"Saya pula nekad berhenti kerja kerana perlu memberi tumpuan untuk menjaga anak yang sakit ketika itu (sejak lima tahun lalu) dan anak-anak banyak membantu menyalurkan kewangan bagi meringankan perbelanjaan harian," katanya.

Menurutnya, ibu dan anaknya masing-masing menerima bantuan RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sekali gus dapat menampung untuk membeli keperluan mereka.

Katanya, sebelum ini anaknya turut menerima bantuan susu khas melalui Tabung Darul Iman.

"Kos untuk membeli susu khas dan lampin pakai buang agak tinggi sedangkan saya bersama suami sudah tidak bekerja," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkan bantuan ke akuan Bank Simpanan Nasional (BSN) bernombor 1150041100051367 atas nama Zainab Ali.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... k-hidap-angin-ahmar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.039206 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list