|
ARIF Aiman (dua dari kanan) terus menyerlahkan kualitinya apabila meledak gol pertama Harimau Malaya ketika ikat Syria 2-2 pada aksi persahabatan, awal pagi tadi. - FAM
KUALA LUMPUR – Harimau Malaya sekali lagi menyerlahkan kualiti untuk bersaing dengan pasukan di ranking lebih baik apabila mengikat Syria 2-2 pada aksi pemanas badan di Doha, awal pagi tadi.
Ini adalah kali kedua Malaysia ikat Syria selepas persabahatan di China, Sepember lalu sekaligus menjadi petanda positif sebelum membuka tirai saingan Piala Asia bertemu Jordan, 16 Januari ini.
Walaupun Syria memiliki kelebihan fizikal, Harimau Malaya jelas tidak menunjukkan rasa gentar sebaliknya babak pertama menjadi milik skuad negara yang membuka jaringan menerusi Arif Aiman Hanapi pada minit ke-39.
Bersambung separuh masa kedua, Syria yang dilatih bekas pengendali Valencia, Inter Milan dan Real Betis, Hector Cuper mula bangkit apabila memperoleh dua gol dalam tempoh empat minit menerusi Pablo Sabbag pada minit ke-70 dan Ibrahim Hesar, minit ke-74.
PAULO Josue (no.17) menafikan kemenangan Syria apabila menyumbangkan gol penyamaan di babak kedua. – FAM
Bagaimanapun, empat minit selepas itu kapten Kuala Lumpur City, Paulo Josue menafikan kemenangan Syria apabila menyumbangkan jaringan kedua skuad negara.
Selepas aksi dengan Jordan, Harimau Malaya bakal meneruskan kempen Kumpulan E Piala Asia bertemu Bahrain pada 20 Januari dan Korea Selatan (25 Januari). – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... merlang-ikat-syria/ |
|