CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4724|Reply: 0

Arsenal ada masalah psikologi – Arteta

[Copy link]
Post time 9-1-2024 10:28 AM | Show all posts |Read mode

KIWIOR (tengah) dianggap antara punca kekalahan Arsenal selepas menanduk masuk bola ke gawang sendiri ketika tumbang di tangan Liverpool awal pagi semalam. –EMIRATES FA CUP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengakui, barisan pemainnya memerlukan ‘reset’ dari segi psikologi selepas mensia-siakan deretan peluang ketika tewas 0-2 kepada Liverpool pada pusingan ketiga Piala FA di Stadium Emirates awal pagi semalam.

Ia adalah kekalahan ketiga berturut-turut buat The Gunners yang kini hanya berupaya melakar satu kemenangan daripada tujuh perlawanan terakhir dalam semua kejohanan sejak awal ­Disember lalu.

Ketumpulan jentera serangan Arsenal menjadi punca utama pasukan yang disebut-sebut selaku pencabar utama itu kini tersingkir awal daripada Piala FA dan Piala Liga Inggeris selain turut ketinggalan lima mata di belakang pendahulu Liga Perdana Ing­geris (EPL), Liverpool.

“Amat mengecewakan, tetapi apa yang kami boleh lakukan? Saya tidak boleh beritahu para pemain bahawa mereka bermain buruk, tidak melakukan percubaan dan menjaringkan gol sendiri.

“Saya tidak melihat mana-mana pasukan lain dalam tempoh enam bulan ini dapat menghasilkan apa yang kami lakukan ke atas mereka (Liverpool). Malangnya, kami tidak memanfaatkan setiap peluang dimiliki.

“Mungkin ia menjadi isu psikologi. Kami gagal lakukannya ketika menentang West Ham (United) dan Fulham dalam dua aksi sebelum ini, jadi saya fikir sekarang waktu untuk kami lakukan ‘reset’,” kata Arteta.

Walaupun memegang ­penguasaan padang, tetapi Arsenal terpaksa akur tewas di hadapan ribuan penyokongnya disebabkan gol sendiri pemain pertahanan kiri, Jakub Kiwior dan pemain sayap lincah Liverpool, Luis Diaz.

Kini, Arsenal mempunyai tempoh rehat selama 13 hari untuk memulihkan segala kelemahan sebelum kembali meneruskan aksi EPL menentang Crystal ­Palace di Emirates pada 20 Ja­nuari ini. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... h-psikologi-arteta/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.034263 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list