View: 9251|Reply: 0
|
[Kelantan]
Ubah suai tangki kereta seludup petrol
[Copy link]
|
|
TANGKI tambahan yang digunakan untuk menyeleweng bahan api petrol berjaya ditahan dalam serbuan di Jalan Chabang Empat-Bunohan berhampiran Kampung Telaga Bata, Tumpat, Kelantan-IHSAN KPDN
TUMPAT: Cubaan seorang lelaki untuk menyeludup 125 liter minyak petrol menggunakan tangki kereta jenis Perodua Kenari tidak kesampaian apabila dia dicekup anggota penguat kuasa semalam dalam serbuan di Jalan Chabang Empat-Bunohan berhampiran Kampung Telaga Bata, di sini semalam.
Suspek berusia 20 tahun itu dicekup sepasukan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Negeri Kelantan (KPDN) bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 3 Pengkalan Kubor pada pukul 3.40 petang.
Pengarah KPDN Kelantan Azman Ismail berkata, terdahulu anggota bertugas telah melihat suspek membuat pengisian secara berulang di beberapa buah stesen minyak di sekitar Pasir Pekan.
Menurutnya, anggota bertugas kemudian telah bertindak mengekori kereta tersebut dan menahannya di Kampung Telaga Bata.
“Pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan bahan api itu di dalam tangki tambahan yang telah diubah suai untuk tujuan penyeludupan.
“Hasil soal siasat, suspek mengaku minyak didalam tangki kereta itu akan disedut semula kedalam tong jerikin sebelum diseludup ke negara jiran melalui pangkalan haram yang terdapat di sempadan Malaysia-Thailand,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Azman memberitahu, kesemua barang rampasan termasuk kereta telah disita untuk siasatan lanjut.
Katanya, kes ini disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... eta-seludup-petrol/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|