CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20326|Reply: 0

[Pahang] Pesara rugi hampir RM320,000 akibat pelaburan tidak wujud

[Copy link]
Post time 6-1-2024 01:39 PM | Show all posts |Read mode

Foto hiasan

KUANTAN: Seorang pesara lelaki berusia 78 tahun kerugian RM319,899 akibat diperdaya sindiket pelaburan tidak wujud yang diiklankan melalui media sosial Facebook.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata berdasarkan laporan mangsa berminat menyertai satu skim pelaburan yang dijanjikan keuntungan di laman sosial itu pada Oktober tahun lalu.

Beliau berkata, mangsa kemudian berurusan dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp untuk mendapatkan penjelasan dengan membuat peleburan dalam platform yang disediakan akan memperoleh keuntungan antara 10 dan 20 peratus.

"Mangsa berminat menyertai pelaburan yang ditawarkan dan pembayaran dilakukan secara berperingkat kepada empat akaun bank berbeza.



"Mangsa kemudian menyedari dirinya ditipu selepas mendapati laman sesawang itu tidak dapat berfungsi dan tidak memperoleh sebarang keuntungan dan modal.

"Siasatan mendapati, wang RM319,899 itu adalah wang pencen milik mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya berkata, pihaknya sentiasa mengambil tindakan pro aktif mempertingkatkan kempen pencegahan jenayah untuk memberi pendedahan mengenai modus operandi yang dilakukan sindiket berkenaan secara berterusan khususnya melalui media sosial.

"Orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan sindiket pelaburan tidak wujud. Jangan mudah terpengaruh dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... laburan-tidak-wujud

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
resepi Ikan goreng paling anak dan suami suka musim hujan gini.
chaconresepi Ikan goreng paling anak dan suami
Views : 5693 Replies : 5
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 202555 Replies : 4811
Sambal Village Park
delima.HSambal Village Park
Views : 2036 Replies : 16
Sambal Garing Bilis Tempe.. sedap dan terangkat!
bang_nsrSambal Garing Bilis Tempe.. sedap dan te
Views : 5041 Replies : 18
Stroller Baby Untuk Travel Mana Yang Terbaik
masterdinStroller Baby Untuk Travel Mana Yang Ter
Views : 3388 Replies : 2
JOM TEST MATA
Markonah_7JOM TEST MATA
Views : 4842 Replies : 27
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 11757 Replies : 14
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 10028 Replies : 56
Kehebatan marketing
chaconKehebatan marketing
Views : 2908 Replies : 8
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 24268 Replies : 164

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 08:32 AM GMT+8 , Processed in 0.436003 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list