CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10918|Reply: 0

Harimau Malaya tenang status underdog

[Copy link]
Post time 6-1-2024 11:40 AM | Show all posts |Read mode

SKUAD negara menjadi pasukan yang berada di ranking terendah dalam Kumpulan E sekali gus bakal turun tanpa sebarang tekanan berbanding pencabar lain. - FB FAM

KETERUJAAN yang makin memuncak daripada peminat tempatan tidak meletakkan Harimau Malaya dalam situasi tekanan untuk cuba mendapatkan keputusan lebih positif di Piala Asia kali ini.

Sebaliknya pengendali negara, Kim Pan-gon merasakan tekanan lebih condong kepada pencabar lain iaitu Jordan, Bahrain dan Korea Selatan memandangkan Malaysia hadir selaku pasukan ranking paling rendah dalam Kumpulan E.

“Saya sedar inilah yang Malaysia harapkan ketika mula-mula melantik saya. Tekanan akan dirasai pencabar Malaysia kerana mereka menjangkakan kemenangan, manakala bagi kami keputusan seri adalah cukup bagus.

“Jika Malaysia mampu kekalkan aksi baik, tekanan terhadap pasukan lawan yang berfikir mereka perlu kalahkan kami akan meningkat sekaligus membolehkan kami menjaringkan gol,” katanya yang dipetik menerusi laporan agensi media terkemuka, Forbes.

Walaupun dijangka akan berdepan tugasan mencabar pada penampilan kali ini, peningkatan prestasi yang dibawa Pan-gon membuka harapan buat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk melihat kemaraan pasukan ke pusingan kalah mati.

Dalam laporan sama, Pan-gon juga mengakui cabaran utamanya ketika ini adalah untuk memastikan setiap pemain yang dipilih kekal dengan mentaliti tepat terutamanya selepas mengharungi musim domestik.

Bagaimanapun, jurulatih dari Korea Selatan itu bertegas yang beliau dan barisan kejurulatihan akan terus bekerja keras untuk memastikan psikologi pemain kekal ‘segar’ dan terus yakin untuk berdepan setiap cabaran.

Harimau Malaya dijadualkan memulakan saingan Kumpulan E bertemu Jordan pada 16 Januari ini diikuti Bahrain (20 Januari) dan Korea Selatan (25 Januari).

https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... ng-status-underdog/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.078429 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list