CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11031|Reply: 0

Barca tak mungkin ikat Mbappe, Haaland

[Copy link]
Post time 4-1-2024 10:56 AM | Show all posts |Read mode

MBAPPE masih belum memutuskan kelab yang akan disertainya musim depan. -FOTO Reuters

Paris: Kylian Mbappe sudah bersedia untuk meninggalkan Paris Saint-Germain pada penghujung musim 2023/24 dengan Real Madrid kini mengetuai persaingan untuk mendapatkannya.

Gergasi Liga Perdana, Liverpool juga baru-baru ini muncul sebagai calon berpotensi untuk menandatangani penyerang handalan Perancis itu.

Di tengah-tengah spekulasi mengenai masa depan Mbappe, pengurus Barcelona, Xavi mengakui tidak seperti musuh ketat mereka, mereka tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk menandatangani sama ada Mbappe atau mesin gol Manchester City, Erling Haaland.

Bercakap kepada media, bekas pemain antarabangsa Sepanyol itu berkata, "Haaland atau Mbappe? Kami tidak boleh memikirkan Haaland atau Mbappe untuk menyertai Barca sekarang.

"Malangnya, kami tidak mampu membeli pemain itu (Mbappe, Haaland). Saya gembira dengan pemain yang saya ada. Kami perlu mencapai tahap terbaik kami kerana di kelab ini kami perlu sentiasa berada di tahap teratas."

Kelab gergasi Catalan itu baru-baru ini menyempurnakan pembelian pemain muda Brazil, Vitor Roque yang menyertai kelab itu dari Athletico Paranaense.

Roque berkemungkinan satu-satunya pemain yang dapat ditandatangani Barcelona dalam jendela perpindahan Januari ini.

Mereka juga dikaitkan dengan bintang Piala Dunia Bawah 17 Argentina, Claudio Echeverri, tetapi "Lionel Messi seterusnya" itu dikhabarkan akan menuju ke Manchester City.https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ikat-mbappe-haaland
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.145420 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list