CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20805|Reply: 0

[Terengganu] Gelombang ketiga: Mangsa banjir Terengganu tinggal 118 orang

[Copy link]
Post time 31-12-2023 11:25 AM | Show all posts |Read mode

Sebahagian guru sedang bergotong-royong membersihkan SK Tengku Ampuan Intan, Hulu Terengganu yang terjejas banjir semalam.

KUALA TERENGGANU – Banjir gelombang ketiga yang melanda Terengganu sejak 23 Disember lalu hampir pulih dengan mangsa terjejas cuma tinggal 118 orang daripada 34 keluarga.

Mereka masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah iaitu Dungun dan Kuala Nerus.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Dungun mempunyai 112 mangsa daripada 33 keluarga.

“Mereka berada di dua PPS iaitu Dewan Masjid Serdang dan Sekolah Kebangsaan Tanjung Pati.

“Selain itu, enam sekeluarga masih menghuni PPS Dewan Serbaguna Taman Perumahan Wakaf Tengah, Kuala Nerus,” katanya di sini hari ini.

Banjir gelombang ketiga sudah berlarutan sejak lapan hari lalu itu telah menjejaskan lebih 11,000 mangsa di semua lapan daerah di Terengganu.

Ia berikutan hujan lebat dan angin kencang akibat tempias ribut Jelawat dan angin tropika yang melanda dalam tempoh 22 Disember hingga 26 Disember lalu. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... -tinggal-118-orang/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.382658 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list