|
Penduduk Kampung Bendang Pak Yong, Tumpat mendayung sampan selepas menunaikan solat zuhur di Masjid Mukim Bendang Pak Yong semalam. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!
KOTA BHARU – Situasi banjir di Kelantan semakin baik apabila jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) menurun kepada 15,195 berbanding 16,096 orang pada petang semalam.
Sekretariat Pengurusan Bencana Kelantan dalam satu kenyataan berkata, setakat pukul 8 pagi tadi, kesemua mangsa banjir itu terdiri daripada 5,007 keluarga yang ditempatkan di 42 PPS.
Menurutnya, empat daerah masih terjejas banjir iaitu Pasir Mas, Tumpat, Jeli dan Tahan Merah.
“Pasir Mas kekal mencatatkan bilangan mangsa yang paling ramai dengan 11,093 orang, Tumpat (3,311), Jeli (701) dan Kuala Krai (90).
“Sungai Golok di Rantau Panjang menunjukkan tren menurun, namun masih berada pada paras bahaya,” katanya.
Menurut kenyataan itu, Sungai Pergau di Kampung Lawar, Jeli, Sungai Kelantan di Tangga Krai (Kuala Krai) dan Kusial (Tanah Merah) serta Sungai Golok (Kuala Jambu, Tumpat) melepasi bacaan amaran.
Katanya, Sungai Kelantan di Tambatan Diraja, Kota Bharu dan Sungai Golok (Jenob, Tanah Merah) pula mencatatkan bacaan berjaga-jaga. – KOSMO! ONLINEPenduduk Kampung Bendang Pak Yong, Tumpat mendayung sampan selepas menunaikan solat zuhur di Masjid Mukim Bendang Pak Yong semalam. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!
KOTA BHARU – Situasi banjir di Kelantan semakin baik apabila jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) menurun kepada 15,195 berbanding 16,096 orang pada petang semalam.
Sekretariat Pengurusan Bencana Kelantan dalam satu kenyataan berkata, setakat pukul 8 pagi tadi, kesemua mangsa banjir itu terdiri daripada 5,007 keluarga yang ditempatkan di 42 PPS.
Menurutnya, empat daerah masih terjejas banjir iaitu Pasir Mas, Tumpat, Jeli dan Tahan Merah.
“Pasir Mas kekal mencatatkan bilangan mangsa yang paling ramai dengan 11,093 orang, Tumpat (3,311), Jeli (701) dan Kuala Krai (90).
“Sungai Golok di Rantau Panjang menunjukkan tren menurun, namun masih berada pada paras bahaya,” katanya.
Menurut kenyataan itu, Sungai Pergau di Kampung Lawar, Jeli, Sungai Kelantan di Tangga Krai (Kuala Krai) dan Kusial (Tanah Merah) serta Sungai Golok (Kuala Jambu, Tumpat) melepasi bacaan amaran.
Katanya, Sungai Kelantan di Tambatan Diraja, Kota Bharu dan Sungai Golok (Jenob, Tanah Merah) pula mencatatkan bacaan berjaga-jaga. – KOSMO! ONLINE |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|