CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14612|Reply: 1

[Pahang] Banjir: Toyota Yaris terbabas dalam longkang

[Copy link]
Post time 26-12-2023 05:11 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan kereta jenis Toyata Yaris yang terbabas di dalam longkang berhampiran jambatan Air Hitam, Kuantan.

KUANTAN – Tular satu video berdurasi 1 minit 32 saat memaparkan sebuah kereta jenis Toyota Yaris terbabas jatuh ke dalam longkang ketika melalui jalan yang dinaiki air di Kampung Air Hitam, di sini.

Difahamkan, kejadian terbabit berlaku kira-kira jam 7.45 pagi di mana kenderaan tersebut dikatakan terbabas ketika melalui jalan tersebut.

Bagaimanapun, berdasarkan kenyataan perakam yang tidak dapat dikenal pasti, pemandu berkenaan dalam keadaan selamat.

Perakam terbabit turut menyatakan keadaan air sungai di jambatan Air Hitam semakin meningkat setinggi 1.5 meter sehingga membanjiri laluan perkampungan tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian.

“Mangsa merupakan seorang lelaki berusia 26 tahun. Mangsa memandu seorang diri ketika kejadian dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok
Tags: banjirjatuhKampung Air Hitamkeretalongkangterbabastoyotayaris


https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... bas-dalam-longkang/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2023 09:16 AM | Show all posts
jalan air hitam ni dah naik air tayah la lalu...jalan tak berapa lebar kiri kanan parit beso...memang terbabas la..kalo tak terbabas jumpa buaya...gitu jelah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.063215 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list