View: 15353|Reply: 0
|
Taktikal skuad B-23 menjadi- Mukhairi
[Copy link]
|
|
KAPTEN skuad B-23 negara, Mukhairi Ajmal sedang menjalani latihan selepas aksi dengan China petang semalam. FOTO FAB FAM
Kuala Lumpur: Ketua pasukan bawah 23 tahun (B-23) negara, Mukhairi Ajmal Mahadi melihat taktikal yang diterapkan pengendali pasukan, Juan Torres Garrido berkesan sehingga mampu mengatasi China B-23 1-0 petang semalam.
Mukhairi berkata, walaupun barisan pemain perlu mengatasi cabaran cuaca sejuk namun mereka kekal fokus untuk memastikan skuad muda negara mampu meraih keputusan positif.
Menurut pemain Selangor FC itu, terdapat beberapa kelemahan perlu diperbaiki terutamanya membabitkan penguasaan bola dalam usaha membentuk pasukan mantap untuk perlawanan akan datang.
"Alhamdulillah, gol saat akhir sebab kali pertama menang perlawanan persahabatan kita dekat sini. Saya harap semua pemain kekal dan fokus lah untuk pertembungan akan datang nanti.
"Saya rasa teknik, taktikal dah baik dan menjadi, cuma kita perlu sabarlah sikit dengan bola. Saya harap kita dapat menyesuaikan lagi dengan bola dan pada perlawanan akan datang kita buat yang lebih baik," katanya.
Pada perlawanan petang semalam menyaksikan skuad muda negara melaungkan amaran mereka bukan lagi pasukan 'tangkap muat' apabila membenam China B-23 1-0.
Harith Haiqal Adam Afka muncul wira dengan menyumbat gol hasil dari sepakan penjuru pada masa tambahan separuh masa kedua sekali gus memastikan kemenangan berpihak kepada Malaysia.
Ironinya, ini kemenangan pertama Harimau Muda ke atas China daripada 17 pertemuan sejak perlawanan pertama pada 1991.
Berdasarkan rekod, dua aksi persahabatan berdepan skuad B-23 China sebagai persiapan skuad negara bagi menghadapi pusingan akhir Piala Asia B-23 di Qatar, April depan.
Skuad B-23 diundi dalam Kumpulan D bersama juara dan naib juara 2018, Uzbekistan dan Vietnam selain Kuwait turut diundi dalam kumpulan sama.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... 23-menjadi-mukhairi |
|
|
|
|
|
|
| |
|