CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23735|Reply: 0

[Pulau Pinang] Gangguan bekalan air Daerah Barat Daya dijangka pulih hari ini

  [Copy link]
Post time 23-12-2023 11:46 PM | Show all posts |Read mode
Gangguan bekalan air Daerah Barat Daya dijangka pulih hari ini


Siti Aminah Mohd Yusof
am@hmetro.com.my



GAMBAR hiasan




Butterworth: Gangguan bekalan air di Daerah Barat Daya terutama membabitkan kawasan hujung laluan (EoL) dan kawasan lebih tinggi dijangka pulih hari ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata, pemulihan bekalan air dilakukan secara berperingkat.

"Makluman terkini lagi berbelas-belas kawasan di Barat Daya dan Balik Pulau yang masih perlu perkhidmatan tangki air. Saya harap dalam hari ini juga dapat dipulihkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Rumah Mampu Milik dan Hartanah Pulau Pinang di sini, hari ini.

Setakat 4 petang Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menyenaraikan 18 kawasan masih berdepan masalah bekalan air berbanding 21 kawasan, pagi tadi.

Antara kawasan terlibat ialah Teluk Tempoyak, Jalan Ismail Hashim Jalan Teluk Kumbar, Bukit Belah, Kampung Matahari Naik, Bukit Penara, Pulau Betong Gertak Sanggul, Sungai Batu dan Batu Itam, Bukit Penara.



Disiarkan pada: Disember 23, 2023 @ 5:59pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.063167 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list