CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7668|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Tiada kompromi terhadap pemilik premis sewa lesen, gaji pendatang - Zaliha

[Copy link]
Post time 23-12-2023 01:42 PM | Show all posts |Read mode

Dr Zaliha Mustafa.

Putrajaya: Semua pemilik premis perniagaan di Kuala Lumpur diingatkan supaya mematuhi segala peraturan khususnya membabitkan pekerja asing, yang ditetapkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mengelakkan risiko penarikan atau penggantungan lesen perniagaan masing-masing.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata, beliau sudah mengarahkan DBKL untuk melakukan pemantauan berkala terhadap perkara itu bagi memastikan isu seperti penyewaan lesen perniagaan kepada warga asing tanpa dokumen yang sah dan pengambilan pekerja dalam kalangan pendatang tanpa izin dapat dibanteras.

"Mereka (pemilik premis) perlu menggunakan saluran yang betul jika hendak mengambil pekerja asing dan perlu mengelak sama sekali menggaji pendatang tanpa izin," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pada masa yang sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Pasukan Gerakan Am (PGA), Polis Diraja Malaysia yang menyerbu dan menangkap pendatang tanpa izin di Jalan Silang, Kuala Lumpur dua hari lalu.



Dalam serbuan pada Khamis lalu, seramai 1,101 warga asing yang kebanyakannya warga Bangladesh, Nepal dan Myanmar ditahan selepas hampir satu batalion pegawai dan anggota polis daripada PGA menyerbu Jalan Silang atau terkenal dengan jolokan 'Mini Dhaka'.

Operasi itu dilakukan ekoran aduan daripada orang awam yang rimas dengan perlakuan warga asing yang bertindak memonopoli premis perniagaan di kawasan itu dan bertindak besar kepala dengan penduduk tempatan, selain menjadikan kawasan itu seolah-olah perkampungan mereka.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ji-pendatang-zaliha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.051576 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list