CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13473|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lelaki tetak ibu saudara dipercayai kerana cemburu

[Copy link]
Post time 20-12-2023 03:47 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki tetak ibu saudara dipercayai kerana cemburu

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
20 Disember 2023 03:13pm




Lelaki yang ditahan kerana menyerang dan menetak seorang wanita dengan parang sehingga maut di Raja Uda, Butterworth pada Selasa dipercayai bertindak demikian kerana cemburu.



GEORGE TOWN -  Polis mengesahkan motif kes tetak melibatkan seorang wanita warga tempatan di Jalan Raja Uda, Butterworth adalah kerana cemburu.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, suspek kini direman seminggu sehingga 26 Disember ini dan masih dirawat di Hospital Pulau Pinang kerana kecederaan kecil pada kaki kirinya.



"Setakat ini, siasatan mendapati, motif kejadian adalah bermotifkan cemburu.

"Bagaimanapun, kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang pada Rabu.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa merupakan ibu saudara kepada suspek.
"Mangsa bekerja sebagai peniaga pakaian manakala suspek adalah operator kilang.

"Kita akan merekodkan keterangan suspek dan beberapa saksi lain untuk melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan," katanya.

Difahamkan suspek bertindak demikian kerana berang terhadap ibu saudaranya kerana dikatakan menghalang hubungan percintaannya dengan anak mangsa.


Pada pagi Selasa, seorang lelaki bertindak terjun dari Jambatan Pulau Pinang selepas menetak seorang wanita di Jalan Raja Uda, Butterworth.

Dia bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh nelayan sebelum diserahkan kepada polis.









Dalam kejadian pada jam 11.10 pagi, suspek telah menetak mangsa pada bahagian belakang leher dengan menggunakan Sebilah parang.

Mangsa telah dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia jam 11.58 pagi.

Dalam perkembangan lain, polis telah mengenalpasti beberapa suspek dalam kejadian seorang peniaga nasi ekonomi ditikam 27 kali pada 5 Disember lalu.

Mohamed Usuf berkata, tiga individu termasuk seorang wanita yang ditahan sebelum ini telah dilepaskan kerana dipercayai tidak terlibat dalam kejadian berkenaan.

"Ketiga-tiga suspek yang merupakan rakan rapat mangsa yang ditahan sebelum ini dibebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan serta keterangan menunjukkan mereka tidak terlibat dalam kejadian tersebut.

"Polis sedang menjalankan siasatan lanjut dan percaya dapat menyelesaikan kes ini dalam masa terdekat berdasarkan beberapa perkembangan baharu yang diperoleh.

"Bagaimanapun, saya tidak boleh mendedahkan lebih lanjut berhubung siasatan kerana siasatan masih berjalan, kita bimbang akan ganggu siasatan," katanya lagi.

Pada petang 5 Disember lalu, seorang peniaga nasi ekonomi di Pasar Awam Jalan Perak maut apabila ditikam 27 kali pada seluruh badannya di tempat meletak kenderaan di sebuah pangsapuri di Jalan Perak, di sini.

Mangsa berusia lingkungan 60-an disahkan meninggal dunia di hospital ketika sedang diberi rawatan.

Mangsa dipercayai diserang dua suspek yang mana salah seorang telah menikam mangsa manakala seorang lagi menunggu rakannya di atas motosikal.

Mangsa disahkan meninggal dunia kerana ditikam sebanyak 27 kali antaranya di dada, leher dan beberapa anggota badan yang lain dipercayai menggunakan pisau pendek.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.058943 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list