CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4229|Reply: 0

[Kedah] Wajib pakai pelitup muka berurusan dengan Jabatan Imigresen Kedah

[Copy link]
Post time 19-12-2023 10:05 PM | Show all posts |Read mode
Wajib pakai pelitup muka berurusan dengan Jabatan Imigresen Kedah


Ahmad Mukhsein Mukhtar - Disember 19, 2023 @ 6:52pm  [email protected]







ALOR SETAR: Jabatan Imigresen Kedah mewajibkan semua pegawai dan pelanggan yang berurusan di mana-mana kaunter jabatan berkenaan di negeri ini memakai pelitup muka berikutan peningkatan kes COVID-19.

Menerusi hantaran dalam bentuk poster dimuatnaik di Facebook Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah, ia memaklumkan peraturan itu berkuat kuasa 14 Disember lalu.

"Wajib pakai. Makluman penggunaan pelitup muka semasa berada di tempat kerja. Pemakaian pelitup muka ini diwajibkan kepada semua pegawai tanpa sebarang pengecualian. Berkuat kuasa serta merta, mulai 14 Disember 2024," menurut makluman pada notis terbabit.

Ia turut disertakan dengan makluman: "Kepada semua pegawai dan pelanggan yang ingin berurusan di kaunter atau pejabat Imigresen. Sila memakai penutup muka ketika berurusan untuk mengelakkan kes COVID-19 yang semakin meningkat".

Jabatan itu juga mengumumkan penutupan sementara pejabatnya di UTC Kedah semalam untuk kerja nyahkuman.

Hantaran infografik di aplikasi X Covid19Place, menunjukkan jumlah kes aktif COVID-19 bagi tempoh 10 hingga 16 Disember adalah 28,375 di seluruh negara dengan Kedah pada kedudukan keempat membabitkan 1,048 kes, di belakang Melaka (1,589), Kuala Lumpur (3,357) dan Selangor (6,449).







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.042052 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list