View: 6155|Reply: 0
|
Arab Saudi mahu tumpang populariti Kylian Mbappe
[Copy link]
|
|
MBAPPE dibenarkan untuk mengadakan rundingan bersama pasukan lain bermula Januari ini selepas kontraknya di PSG berakhir pada Jun nanti. - AFP
RIYADH – Liga Arab Saudi tidak teragak-agak untuk terus berbelanja besar pada jendela perpindahan yang akan kembali dibuka pada bulan depan dalam usaha menandatangani khidmat pemain terkemuka yang berpangkalan di Eropah.
Sebagai rekod, liga berprestij benua Asia itu telah mencipta sejarah tersendiri apabila mengeluarkan dana sebanyak £750 juta (RM4.4 bilion) pada jendela pertengahan tahun ini.
Antara nama besar yang berjaya ditandatangani oleh kelab-kelab utama Arab Saudi seperti Neymar, Karim Benzema, Sadio Mane dan Aymeric Laporte.
Pengarah bola sepak liga terbabit, Michael Emenalo mengakui sasaran utama selepas ini adalah untuk membawa penyerang antarabangsa Perancis, Kylian Mbappe ke bumi Arab Saudi.
“Saya percaya kami tidak akan berhenti dalam memastikan usaha untuk membawa barisan pemain terbaik dunia beraksi di Arab Saudi. Jika berpeluang, saya pasti kelab-kelab disini akan terus berbelanja pada Januari depan.
“Kita perlukan pemain import yang berkualiti bagi memastikan taraf serta prestij liga kita dapat dipertingkatkan dan salah seorang yang menjadi buruan nanti adalah Mbappe. Saya yakin dia juga berminat untuk ke sini andai berpeluang,” katanya.
Difahamkan, Mbappe sudah dibenarkan untuk berbincang dengan mana-mana pasukan seawal Januari depan untuk menandatangani pra-kontrak selepas kontrak bersama Paris Saint-Germain (PSG) akan berakhir penghujung musim ini. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... riti-kylian-mbappe/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|