View: 3054|Reply: 0
|
Liverpool kecewa diikat Man United
[Copy link]
|
|
ANTARA aksi Manchester United bertemu Liverpool, awal pagi tadi. FOTO AFP
Liverpool: Liverpool terlepas peluang untuk kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas pasukan yang sedang bergelut, Manchester United menunjukkan semangat juang tinggi untuk mengikat kedudukan 0-0, awal pagi tadi.
United menyaksikan Diogo Dalot dibuang padang pada masa kecederaan di Anfield, tetapi Liverpool dilihat sudah ketandusan idea ketika berdepan pasukan pelawat.
Pasukan bimbingan Jurgen Klopp mendominasi pertembungan sengit menentang seteru utama mereka itu tetapi tidak mempunyai kelebihan yang diperlukan untuk terus melakar kemenangan keempat berturut-turut pada saingan EPL.
Liverpool menduduki tempat kedua, satu mata di belakang pendahulu, Arsenal menjelang pertemuan getir kedua-dua pasukan di Anfield, Ahad ini.
"Saya melihat banyak perkara yang baik, satu perkara yang saya tidak suka ialah keputusan perlawanan ini. Kami sepatutnya mampu menjaringkan gol,
"Saya tidak ingat bilakah persembahan dominan kami ketika menentang Man United, tetapi mereka bertahan dengan sangat baik," kata Klopp.
Ketika Liverpool kecewa selepas gagal menang di tempat sendiri buat kali pertama dalam 12 perlawanan di semua pertandingan, bagi United keputusan itu meletakkan mereka kembali di landasan tepat selepas mengharungi minggu yang suram.
Ia selepas mereka mengalami kekalahan di laman sendiri hujung minggu lalu di tangan Bournemouth diikuti dengan kekalahan 0-1 menentang Bayern Munich pada saingan Liga Juara-Juara.
Sementara itu pengendali United, Erik ten Hag nyata lega dan keputusan itu sekali gus dapat mengelak daripada berdepan kekalahan yang memalukan.
"Taktikal permainan berjalan dengan baik. Barisan pemain bersatu dengan cemerlang dan dapat memberikan saingan," kata Ten Hag.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... a-diikat-man-united |
|
|
|
|
|
|
| |
|