CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15159|Reply: 0

[Kelantan] PPS tiada air, 1,190 mangsa terpaksa guna air banjir dan hujan

[Copy link]
Post time 17-12-2023 02:43 PM | Show all posts |Read mode

Penduduk dari Kampung Kedai Lama, Syamimi Natasha Abdullah, 26, menunjukkan ketiadaan bekalan air di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau 2. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Rantau Panjang: Seramai 1,190 mangsa banjir membabitkan 409 keluarga yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau 2, di sini berdepan kesulitan, berikutan ketiadaan bekalan air.

Penduduk mendakwa, sejak pusat itu dibuka Khamis lalu, mereka terpaksa mandi menggunakan air banjir yang bertakung di hadapan PPS berkenaan, selain menadah air hujan untuk kegunaan kanak-kanak dan wuduk.

Dakwa penduduk lagi, memasuki hari keempat ini, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) masih belum menghantar bekalan air dan masalah itu berlaku setiap tahun sejak sekolah dijadikan PPS.

Penduduk Kampung Kedai Lama, Syamimi Natasha Abdullah, 26, berkata, walaupun sedar air banjir kotor, namun dia terpaksa menggunakan kerana bekalan air di PPS berkenaan tidak pernah ada sejak dia berpindah.



"Bayangkan seawal jam 5 lagi saya bersama mangsa banjir yang lain sudah bangun untuk mandi di depan PPS.

"Kami terpaksa bangun dan mandi awal kerana malu dengan mangsa yang lain. Beginilah keadaan yang perlu dilalui sejak berpindah di sini tiga hari lalu dan saya sendiri sudah lali.

"Pada masa sama, saya terpaksa menadah air hujan untuk memandikan anak yang masih kecil iaitu berusia setahun kerana bimbang air banjir menyebabkan badannya gatal," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Penduduk, Ainin Musa, 54, turut meluahkan rasa yang sama dan masalah yang berlaku menyebabkan dia terpaksa keluar daripada PPS setiap kali untuk mandi.

"Saya sendiri tidak sanggup untuk mandi air banjir menyebabkan saya pulang atau ke rumah saudara mara bagi menumpang mandi.

"Perkara ini sudah diajukan kepada petugas, namun mereka sendiri pun tidak mampu berbuat apa-apa. Justeru saya berharap pihak AKSB tampil menghantar bekalan air di PPS ini.

"Apatah lagi PPS SK Sri Rantau 2 menempatkan mangsa banjir paling ramai di Rantau Panjang berbanding PPS lain," katanya.

Penduduk, Farah Nadira Sakira Abdullah, 33, dari Kampung Kedai Lama pula mengharapkan AKSB tampil menghantar bekalan air di PPS SK Sri Rantau 2.

"Kasihan kami terpaksa mandi menggunakan air banjir yang sudah semestinya tidak bersih. Sehinggakan pada waktu malam pun kami terpaksa memunggah air sekiranya adik atau ayah mahu ke tandas.

"Ini bukan perkara baru dan tidak sepatutnya masalah air dibiarkan berlarutan sehingga kami terpaksa mandi menggunakan air banjir.

"Di PPS di sini terdapat beberapa tandas dan ada kalanya tandas guru mempunyai air, namun jumlah mangsa banjir terlalu ramai sudah tentu tidak mampu menampung tandas berkenaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ir-banjir-dan-hujan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.062209 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list