CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6326|Reply: 0

Jerman akhiri kemarau Piala Remaja Dunia

[Copy link]
Post time 17-12-2023 11:44 AM | Show all posts |Read mode

Jerman muncul juara Hoki Piala Dunia Remaja 2023 selepas menewaskan Perancis 2-1 di Stadium Hoki Nasional, Kuala Lumpur. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Jerman menamatkan kemarau sedekad untuk mencipta sejarah apabila menjulang Trofi Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki (JWC) buat kali ketujuh dengan menewaskan Perancis 2-1 pada final di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, di sini, malam tadi.

Ia adalah kemenangan JWC keempat Jerman di bumi Malaysia, selepas merangkul tiga kejuaraan sewaktu edisi Kuala Lumpur 1982, Ipoh 1989 dan Johor Bahru 2009 selain pernah muncul juara pada edisi 1985, 1993 dan 2013.

Jerman menebus kekecewaan tewas 2-0 kepada Perancis pada perlawanan peringkat kumpulan minggu lalu.

Pada perlawanan ulangan final edisi New Delhi 2013, Perancis, pasukan ranking ketujuh dunia, mendahului menerusi jaringan padang Jules Verrier pada minit ke-17, dalam percubaan untuk membalas dendam atas kekalahan 5-2, 10 tahun lalu.



Jerman, bagaimanapun, mengubah rentak permainan pada babak kedua apabila Jan Cordes merampas bola daripada pemain pertahanan Perancis untuk menyamakan kedudukan menerusi gol minit ke-32.

Liam Holdermann menghadiahkan gol kemenangan Jerman menerusi jaringan padang pada minit ke-40 untuk mengesahkan kejuaraan buat gergasi Eropah itu.

Pasukan Les Bleus, dengan pencapaian terbaik muncul naib juara pada edisi 2013, meningkatkan rentak permainan menerusi gerakan pantas pada tiga minit terakhir perlawanan tetapi gagal menebusi bentang pertahanan Jerman.

Jerman layak ke final selepas menumpaskan India 4-1 manakala Perancis mengalahkan Sepanyol 3-1 pada saingan separuh akhir , Khamis lalu.

Holdermann, 20, berkata ia adalah kemenangan yang penuh emosi selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di Institut Sukan Negara (ISN) sejurus sebelum kemenangan 5-3 menentang Afrika Selatan dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, 5 Disember lalu.

"Saya rasa bukan hari yang baik kerana ia sangat sukar tetapi saya tidak sedar saya menjaringkan gol kemenangan. Selepas rehat, kami datang dengan mentaliti bahawa kami perlu memberi tekanan dan bermain dengan lebih baik.

"Sungguh sukar dipercayai kami telah menjadi juara dalam JWC pertama saya," kata pemain kelahiran Berlin itu.

Sementara itu, ketua jurulatih Perancis, Matthias Dierckens berkata anak buahnya hilang penguasaan bola dan mendapati ia lebih mencabar untuk menembusi bulatan pada separuh masa kedua.

"Saya rasa pemain kami sedikit keletihan dan terlepas beberapa perkara, kehilangan lebih banyak bola pada separuh masa kedua. Mungkin ada yang mengatakan anda pasti berpuas hati dengan pingat, tetapi tidak, kami sedih kerana tidak dapat memenangi Piala Dunia," kata Dierckens.- BERNAMA
https://www.bharian.com.my/sukan ... -piala-remaja-dunia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.044434 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list