CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 16470|Reply: 0

Genggam ijazah selepas 11 tahun pengajian tertangguh

[Copy link]
Post time 16-12-2023 01:15 PM | Show all posts |Read mode
Genggam ijazah selepas 11 tahun pengajian tertangguh


RAHMATUL Fikri gembira selepas menerima segulung ijazah pada Majlis Konvokesyen Kali Ke-21 USIM. FOTO Mohd Amin Jalil


Nilai: Selepas 11 tahun Rahmatul Fikri Haidin akhirnya menerima Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat dengan Kepujian pada Majlis Konvokesyen Kali Ke-21, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini, semalam.

Graduan berusia 30 tahun yang kini menetap di Johor Bahru itu berkata, dia memulakan pengajian di USIM pada tahun 2012 dan sepatutnya menamatkan pengajian berkenaan selepas empat tahun iaitu pada 2016.

Katanya, bagaimanapun ia tertangguh kerana pelbagai kekangan dihadapinya termasuk gagal melengkapkan syarat menduduki Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET).

"Sepanjang pengajian, saya mengikuti semua subjek bagi program pentadbiran muamalat yang perlu diikuti dan ditetapkan, namun tidak dapat melengkapkan syarat MUET bagi membolehkan saya menamatkan pengajian dengan sempurna.

"Selain itu ada pelbagai kekangan lain membuatkan ia tertangguh termasuk tuntutan kerja membuatkan saya hampir berputus asa untuk melengkapkan semua syarat pengajian.

"Bagaimanapun, tahun lalu saya menerima panggilan daripada pihak USIM untuk membantu meneruskan semula kelas berkenaan," katanya ketika ditemui selepas menerima ijazah di Dewan Tuanku Canselor USIM, petang semalam.

Bapa kepada tiga anak itu berkata, Ketua Program Pentadbiran Muamalat USIM, Dr Nur Qamarina Sharom memberikan cadangan supaya dia mengambil program kursus Bahasa Inggeris untuk pekerjaan yang akan melayakkannya menamatkan pengajian dan menerima ijazah.

"Pada mulanya memang saya tak nak meneruskan pengajian yang sudah tertangguh lama, tetapi memikirkan rasa rugi selepas berjuang selama empat tahun, saya menerima cadangan Dr Nur.

"Dalam masa sama, isteri yang juga alumni USIM tahun 2016 memberikan sokongan dan memberikan cadangan supaya saya mengambil kursus jangka pendek ini yang diadakan pada setiap hujung minggu secara dalam talian," katanya yang pernah membuka kiosk Chef Takoyaki di Nilai selama empat tahun sebelum berhijrah ke Johor Bahru.

Rahmatul yang kini bekerja sebagai penolong chef melahirkan rasa syukur atas bantuan pihak pengurusan USIM dan sokongan isteri serta ahli keluarganya, akhirnya dia menggenggam segulung ijazah meskipun selepas 11 tahun.

Dia antara graduan dalam kumpulan terakhir daripada keseluruhan 3,146 graduan dari 89 program pengajian yang menerima ijazah dan diploma masing-masing pada majlis konvokesyen USIM yang berlangsung selama lima hari dan berakhir semalam.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... engajian-tertangguh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 37933 Replies : 18
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40091 Replies : 321
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 16492 Replies : 12
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 41570 Replies : 9
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 76441 Replies : 508
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 26548 Replies : 13
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 44124 Replies : 86
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 359805 Replies : 3537
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55185 Replies : 1069
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 5021 Replies : 59

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.762969 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list