CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9288|Reply: 0

[Selangor] Hotel penuh, Melaka, Pulau Pinang kena serbu cuti sekolah

[Copy link]
Post time 14-12-2023 10:19 AM | Show all posts |Read mode

Pantai Miami di Tanjung Bungah, George Town menjadi pilihan pelancong tempatan untuk bercuti sambil beriadah bersama keluarga sempena cuti persekolahan.

PETALING JAYA – Cuti panjang persekolahan yang bermula hujung minggu ini menyaksikan tempahan hotel di beberapa buah negeri meningkat dengan Melaka dan Pulau Pinang menjadi antara destinasi pilihan.

Selain dua negeri itu, pusat pelancongan Langkawi turut menunjukkan pertambahan tempahan, sama ada melibatkan hotel mahupun inap desa.

Bagaimanapun, suasana agak berbeza di negeri-negeri di Pantai Timur apabila pemain industri terutama melibatkan pulau-pulau utama di Terengganu kurang mendapat tempahan ekoran musim tengkujuh ketika ini.

Di George Town, Pulau Pinang, tempahan hotel dan inap desa di negeri ini kini telah lebih 80 peratus dan dijangka terus meningkat pada hujung minggu ini.

Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Pulau Pinang, Datuk Tony Goh berkata, lokasi hotel di persisiran pantai dan pusat bandar George Town sudahpun mendapat tempahan awal sejak awal bulan ini.

Menurutnya, tempahan bilik penginapan itu membabitkan semua hotel yang bertaraf tiga hingga lima bintang.

“Ketika ini, tempahan penginapan pada hujung minggu untuk semua hotel yang terletak di pesisir pantai dan pusat bandar dikatakan sudah menghampiri 90 peratus, manakala lebih 70 peratus pada hari biasa.

“Selain mempunyai tempat-tempat yang menarik dan interaktif, makanan signatur Pulau Pinang seperti nasi kandar antara yang menjadi tarikan pe­ngunjung memilih negeri ini sebagai destinasi percutian pada cuti persekolahan,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Goh memberitahu, selain cuti persekolahan, pengunjung kebia­saannya memilih penginapan di negeri ini bagi meraikan Hari Krismas dan sambutan Tahun Baharu 2024.


Pelancong berpeluang menikmati percutian santai sambil menyaksikan bangunan bersejarah di Melaka.

Di Melaka, Pengerusi Persatuan Pengusaha Chalet, Homestay dan Resort Melaka, Zakaria Othman berkata, tempahan hujung minggu bagi chalet, inap desa dan resort di negeri ini telah penuh bermula musim cuti persekolahan 15 Disember ini sehingga Mac tahun hadapan.

Katanya, tempahan mula diterima sejak dua bulan lalu dan kini baki bilik yang masih tersedia adalah kurang 10 peratus.

“Rata-rata inap desa, chalet dan resort di Pengkalan Balak khususnya telah penuh bagi tempahan hujung minggu bermula bulan ini sehingga Mac tahun hadapan yang juga bulan Ramadan.

“Ini adalah suasana biasa untuk musim cuti sekolah dan sambutan ini juga mungkin di­sebabkan oleh promosi dilakukan kerajaan negeri sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024,” katanya.

Di Langkawi, Kedah, tempahan hotel di pulau peranginan ini dijangka meningkat sehingga 70 peratus sepanjang cuti persekolahan penggal kedua yang akan bermula pada minggu hadapan.

Timbalan Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Kedah/ Perlis, Effendi Ramley berkata, sebelum ini, purata bilik hotel yang ditempah adalah sekitar 50 peratus.

“Musim cuti persekolahan biasa­nya akan membawa ­masuk lebih ramai pelancong ke sini, namun setakat ini jumlah tempahan adalah lebih rendah berbanding dalam tempoh yang sama pada tahun lalu.

“Situasi ini mungkin disebabkan oleh faktor peningkatan harga tiket penerbangan yang menyebabkan pelancong berfikir dua kali untuk ke Langkawi,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... serbu-cuti-sekolah/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190225 Replies : 6961
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 111759 Replies : 4867
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24747 Replies : 112
Fasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wanita Kuat
RalineFasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wan
Views : 29710 Replies : 85
Faridah Daud ada di Perak, Polis dah jumpa wanita dakwa bakal kahwini Tengku Hassanal
RalineFaridah Daud ada di Perak, Polis dah jum
Views : 38397 Replies : 93
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18385 Replies : 13
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67003 Replies : 475
Jurassic World: Rebirth (2025)
pisanggorengJurassic World: Rebirth (2025)
Views : 11108 Replies : 2
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 34085 Replies : 788
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 21384 Replies : 139

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.239287 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list