CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33030|Reply: 0

[Sarawak] Beberapa projek berskala besar dibangunkan di Spaoh tahun depan: Uggah

[Copy link]
Post time 10-12-2023 04:59 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, beberapa projek pembangunan berskala besar akan dibangunkan di daerah kecil Spaoh, Betong pada tahun depan.

Menurutnya, ini termasuk 10 unit rumah kedai baharu, sebuah gelanggang futsal, satu kawasan medan selera dan pembinaan atau menaik taraf lebih banyak jalan kebun.
Mendedahkan perkara itu, Uggah berkata projek-projek itu antara yang dilaksanakan di bawah Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA).
"Bagi projek rumah kedai baharu, projek ini akan dilaksanakan oleh Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (PELITA).
"Ia akan dibina di kawasan sekitar atau berdekatan Jambatan Spaoh bernilai RM30 juta yang kini giat dibina. Kita mahu menyediakan lebih banyak fasiliti komersial bagi membesarkan lagi pekan Spaoh.


"Kita  mahu lebih ramai pengunjung datang supaya ekonomi tempatan dapat dipertingkatkan," ujarnya ketika berucap merasmikan Festival Mini Spaoh di Dewan Masyarakat Spaoh di Betong, hari ini.
Mengenai pembinaan gelanggang futsal, Uggah berkata tapak untuk projek bernilai RM450,000 itu sudah dikenal pasti.
Manakala, bagi menampung jumlah mengunjung yang semakin ramai, satu kawasan medan selera bernilai RM5 juta akan dibina berdekatan dengan pasar baharu Spaoh, tambahnya.
"RM30 juta pula akan dibelanjakan untuk membina baharu atau menaik taraf jalan kebun sedia ada. Pekebun harus ada akses yang bagus untuk ke kebun mereka.
Uggah (dua kiri) bersama isteri (kiri) menerima cenderamata berupa poster setem berwajahkan gambar beliau di salah satu gerai pameran.
"Ini satu motivasi kepada mereka untuk membangunkan lagi tanah masing-masing bagi mendapatkan lebih banyak hasil. Ini kerana, kita juga mahu mereka menjadi usahawan tani," katanya.

Uggah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban berkata, Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) juga akan melaksanakan projek penternakan lembu di Spaoh.

"Di sini juga berpotensi untuk mengusahakan penanaman padi berskala besar. Kita mahu Spaoh menjadi hab makanan di Bahagian Betong.

"Lagipun kita akan mempunyai STOLport (lapangan terbang landasan pendek) Bebuling bernilai RM286 juta. Ia akan membantu memasarkan hasil tanaman ke pasaran luar," katanya sambil menambah STOLport Bebuling dijadual siap tahun depan.

Menurutnya lagi, banyak produk pelancongan di Spaoh seperti rumah panjang, tapak bersejarah Bukit Sadok yang dikaitkan dengan Panglima Rentap berpotensi diekploitasi dan dibangunkan.

Beliau berkata, apabila semua itu dapat dilaksanakan, penduduk luar bandar khasnya di daerah kecil itu akan mendapat pendapatan tetap.

"Ini seiring dengan objektif kerajaan GPS (Gabungan Parti Sarawak) iaitu membawa pembangunan dan kemajuan ke kawasan luar bandar," ujarnya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu dalam ucapan aluannya berkata, festival mini itu akan memperkukuhkan lagi hubungan baik dan perpaduan sedia ada penduduk di situ.

Ini katanya, dilakukan dengan melibatkan setiap lapisan penduduk dalam aktiviti-aktiviti sosial, sukan dan permainan yang dianjurkan sepanjang festival berlangsung.

Richard menambah, menerusi pameran pembangunan semasa festival itu oleh agensi dan jabatan kerajaan, rakyat khasnya penduduk setempat boleh mengetahui fungsi dan perkhidmatan ditawarkan setiap agensi atau jabatan terlibat.

Hadir sama isteri Uggah Dato Doreen Mayang, Setiausaha Politik Premier Sarawak Roseline Mapong, Residen Betong Richard M Abunawas, Pegawai Daerah Betong Alfred Galing dan pengerusi penganjur Festival Mini Spaoh Lister Clement Guwie.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 198408 Replies : 4637
Kucing Pitbull
intan_smsbKucing Pitbull
Views : 2340 Replies : 2
Fakta Unik Kucing Tuxedo
intan_smsbFakta Unik Kucing Tuxedo
Views : 5497 Replies : 1
Orang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Alam Rugi Lebih RM4 Juta Akibat Skim Pelaburan Palsu Di Facebook
YgBenarOrang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Al
Views : 9031 Replies : 20
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7560 Replies : 40
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73582 Replies : 318
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 6089 Replies : 1
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 8260 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74422 Replies : 2988
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 7882 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.053435 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list