|
Siti Aishah bersama arwah suaminya, Ruhaifi Isyraf Saad yang meninggal kelmari. FOTO MOHD RAFI MAMAT
Kuantan: Kelab Sahabat Kucing Jalanan Pahang (SKJP) tampil menghulur sumbangan kewangan dan makanan kepada seorang ibu tunggal yang memiliki 65 kucing di Perumahan Bukit Rangin Perdana Satu, di sini.
Pengerusinya, Jurina Abdul Rani berkata, pihaknya membantu atas rasa tanggungjawab bagi meringankan beban pemilik haiwan terbabit, Siti Aishah Zainul, 41, yang baharu sahaja kehilangan suami, kelmarin.
Menurutnya, sebelum itu bilik rumah pasangan terbabit terbakar disebabkan kejadian litar pintas yang menyebabkan kerugian lebih RM5,000.
"Dia (Siti Aishah) seolah-olah jatuh ditimpa tangga. Selepas rumahnya terbakar pada minggu lalu, suaminya, Ruhaifi Isyraf Saad, 45, pula meninggal dunia kelmarin disebabkan penyakit asma kronik.
"Difahamkan, lebih RM3,000 sebulan dibelanjakan bagi menyediakan makanan dan pasir untuk menguruskan 65 kucing miliknya. Perbelanjaan akan bertambah sekiranya haiwan berkenaan sakit dan perlu rawatan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampai bantuan kewangan dan makanan kucing kepada Siti Aishah di Perumahan Bukit Rangin Perdana Satu, di sini, semalam.
Menurutnya, sebelum ini SKJP pernah membantu menyediakan makanan kepada kucing peliharaan Siti Aishah dan mereka begitu prihatin hingga sanggup berbuat apa sahaja untuk menyelamatkan haiwan jalanan itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-beban-siti-aishah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|