CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29804|Reply: 0

Sejarah JDT di tangan TFC

[Copy link]
Post time 8-12-2023 03:13 PM | Show all posts |Read mode
Sejarah JDT di tangan TFC



Barisan kemungkinan JDT dan TFC pada aksi final Piala Malaysia malam ini.


KUALA LUMPUR: Dalam kancah bola sepak domestik, tidak dinafikan bahawa Kedah memegang antara rekod bola sepak tempatan 'teragung' selepas berjaya menjulang gelaran 'double treble' pada musim 2007 dan 2008.

Namun selepas 15 tahun, rekod itu kini hanya selangkah untuk 'dipadam' Johor Darul Ta'zim (JDT) yang sudahpun memegang tiga kejuaraan musim ini iaitu Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Piala FA dan Liga Super.

Bagi aksi final Piala Malaysia 2023, Terengganu FC (TFC) menjadi 'kepingan terakhir' buat skuad Harimau Selatan dalam melengkapkan misi yang bakal menjadi rekod yang hampir mustahil dipecahkan mana-mana pasukan selepas ini.

Jika skuad bimbingan Esteban Solari berjaya mempertahankan Piala Malaysia malam ini, mereka bakal mencatat rekod baharu Liga Malaysia (Liga M) sebagai pasukan pertama menjulang 'double quadruple'.

Berdasarkan kehebatan dimiliki JDT, mereka bukan sahaja menjadi pasukan pertama melakar 'double quadruple' malah mungkin menjadi satu-satunya pasukan meraih kejayaan sedemikian di bumi Malaysia.

Kini pilihan berada di tangan anak buah Tomislav Steinbruckner - sama ada sekadar menjadi 'nota kaki' di sebalik kegemilangan JDT ataupun menempa sejarah tersendiri sebagai 'pemusnah' impian besar JDT.


Rekod pertemuan dan laluan ke final.



Sekiranya mereka mengejutkan JDT, mereka bukan setakat menjulang Piala Malaysia malah turut menjadi pasukan pertama menewaskan JDT di Liga M - ya, JDT belum lagi tewas di kancah domestik merentasi empat pertandingan sepanjang musim 2023.

Dengan situasi semasa, tidak sukar melihat siapa pasukan pilihan dan siapa 'underdog' namun status sebagai bukan pilihan mungkin dapat membantu TFC mendepani tekanan 'dahsyat' di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Profesor dan pengkaji di Bahagian Pengurusan Wharton School, University of Pennsylvania, Profesor Samir Nurmohamed berkata status 'underdog' dapat menjadi pencetus untuk mencipta kejayaan tidak dijangka.

Menerusi syarahannya dalam kelas Kuasa dan Politik, Samir menegaskan jangkaan kepada 'underdog' tidak memberikan kesan buruk tetapi motivasi terbaik adalah untuk membuktikan tanggapan salah yang dilabel ke atas mereka.

"Naratif sebagai bukan pilihan adalah bermanfaat untuk keyakinan diri sendiri. Dengan memandang rendah kredibiliti seseorang, ia sebenarnya dapat membantu prestasi yang lebih tinggi," kata Samir.

Sebelum aksi Liga Juara-Juara antara Galatasaray menentang Juventus, Didier Drogba pernah berkata 'ini akan menjadi aksi yang sukar kerana Juventus adalah pasukan yang jauh lebih baik berbanding kami.

"Tetapi apa sahaja boleh berlaku di atas padang. Jika ada satu peratus untuk kami menang, saya akan percayakannya," katanya dan Galatasaray memenangi aksi terakhir peringkat kumpulan itu untuk layak ke pusingan kalah mati.

Apa yang penting, pemain TFC harus percaya pada diri sendiri kerana jika tidak yakin, mereka sudahpun 'terkorban' sebelum memijakkan kaki ke dalam padang Stadium Nasional, malam ini.

Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... h-jdt-di-tangan-tfc

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.038460 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list