View: 9653|Reply: 42
|
KELAYAKAN OLIMPIK =MALAYSIA VS PAKISTAN (HOME)
[Copy link]
|
|
ANAK BUAH ONG KIM SWEE AKAN MEMBUAT YANG TERBAIK UNTUK NEGARA.. |
|
|
|
|
|
|
|
skuad 18 pemain Malaysia
KHAIRUL FAHMI B CHE MAT
AHMAD SHAKIR B ALI
FAIZAL ABU BAKAR
MOHD FAKRI B SHAARANI
GURUSAMY GOVANDAR A/L KANDASAMY
MAHALI B JASULI
MOHAMAD MUSLIM B AHMAD
MOHD AFFIZE FAIZAL FAISAL B MAMAT
MOHD FAIZAL B MUHAMAD
SIVANESAN A/L SHANMUGAM
MOHD IRFAN B FAZAIL
WAN ZACK HAIKAL B WAN NOR
WAN ZAHARULNIZAM B WAN ZAKARIA
MOHD IZHAM TARMIZI B ROSLAN
MOHAMMAD FADHLI B MOHD SHAS
GARY STEVEN A/L ROBBAT
MOHD FANDI B OTHMAN
MOHD FERRIS DANIEL B MAT NASIR |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ada live kat astro malam ni.Sapa yg tak boleh pi stadium boleh tgk tv. |
|
|
|
|
|
|
|
Belasah Pakistan
PEMAIN Malaysia menjalani sesi latihan ringan di Stadium Shah Alam malam semalam
MALAYSIA perlu mencatat kemenangan besar ke atas Pakistan pada aksi pertama pusingan pertama Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Shah Alam malam ini.
Hanya dengan cara ini sahaja skuad negara akan memperoleh bekalan selesa untuk menghadapi aksi kedua di Lahore pada 9 Mac ini.
Jurulatih skuad Olimpik kebangsaan, Ong Kim Swee berkata, para pemain sudah bersedia untuk turun dengan aksi terbaik mereka bagi merealisasikan objektif itu.
“Sudah tentu kita mahukan kemenangan pada aksi pertama di gelanggang sendiri ini. Tapi kita mahukan satu kemenangan yang besar.
“Jadi kita akan cuba sedaya upaya. Jika perlu memasukkan lebih ramai pemain serangan, kita akan lakukannya.
“Saya mahu pemain fokus memikirkan apa yang perlu dilakukan esok (malam ini) berbanding terlalu memikirkan apa yang Pakistan lakukan,” katanya pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Kim Swee buru kemenangan besar
Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
[email protected]
PARA pemain Malaysia menjalani latihan ringan sebelum aksi aksi pertama pusingan pertama Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Shah Alam malam ini.
MALAYSIA perlu mencatat kemenangan besar ke atas Pakistan pada aksi pertama pusingan pertama Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Shah Alam malam ini sebagai bekalan selesa untuk aksi kedua di Lahore, 9 Mac depan.
Jurulatih skuad Olimpik kebangsaan, Ong Kim Swee berkata, para pemain sudah bersedia untuk turun dengan aksi terbaik mereka bagi merealisasikan objektif tersebut.
"Sudah tentu kita mahu- kan kemenangan pada aksi pertama di gelanggang sendiri ini. Tetapi kita mahukan satu kemenangan yang selesa.
"Jadi kita akan cuba sedaya upaya. Jika perlu memasukkan lebih ramai pemain serangan, kita akan lakukannya.
"Saya mahu pemain fokus memikirkan apa yang perlu dilakukan esok (malam ini) berbanding terlalu memikirkan apa yang akan Pakistan lakukan," katanya pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam.
Menurut Kim Swee, tugas untuk mencari gol pastinya terletak di bahu gandingan penyerang, Ahmad Shakir Md. Ali dan Ahmad Fakri Saarani sambil dibantu pemain-pemain lain.
"Selain Shakir dan Fakri, pemain-pemain seperti Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Wan Zack Haikal Wan Noor, Fandi Othman dan Ferris Danial Mat Nasir juga mampu menjaringkan gol.
"Saya rasa tiada masalah untuk kita menembusi gawang Pakistan kerana para pemain kini sudah bersedia sepenuhnya," jelas pengendali berusia 41 tahun itu.
Skuad Olimpik kebangsaan tampak mantap dengan dibarisi tujuh pemain skuad juara Piala Suzuki AFF 2010 iaitu Khairul Fahmi Che Mat, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Mahali Jasuli, Faizal Muhamad, K. Gurusamy dan Faizal Abu Bakar.
Malaysia malam ini bakal turun dengan memakai jersi utama berwarna kuning hitam. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap Ong Kim Swee membawa "ong" dan tidak membawa "suwey" |
|
|
|
|
|
|
|
Ayuh Harimau!
Oleh Syed Riduan Ahmad
2011/02/23
KIM Swee (kanan) mengendalikan latihan ringan skuad Olimpik Malaysia menjelang pertembungan menentang Pakistan pada aksi pertama pusingan kelayakan Olimpik di Stadium Shah Alam, malam ini.
KIM Swee (kanan) mengendalikan latihan ringan skuad Olimpik Malaysia menjelang pertembungan menentang Pakistan pada aksi pertama pusingan kelayakan Olimpik di Stadium Shah Alam, malam ini.
ATAS perkiraan kertas, kelebihan jelas berpihak kepada Malaysia menjelang pertemuan kelayakan pra-Olimpik menentang Pakistan, malam ini dan ‘semangat Harimau Malaya’ harus melihat satu lagi lakaran kemenangan tercipta di Stadium Shah Alam.
Pasukan negara pimpinan Ong Kim Swee kini menghuni tangga ke-140 ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bakal bertemu lawan di tangga ke-173 - pertembungan yang boleh dianggap sebagai ujian mudah buat skuad kebangsaan berpandu kepada jurang semasa itu.
Namun, faktor tinggi rendah ranking sesebuah pasukan tidak lagi relevan dan pemain mengerti misi mereka adalah untuk menang di halaman sendiri yang sudah menjadi gelanggang keramat mereka.
Selepas detik gemilang dilakar barisan K Rajagobal menjuarai Sukan Sea 2009 dan Piala Suzuki 2010, kini peluang terbuka kepada Kim Swee membuktikan dia juga ada muslihat menumbangkan Pakistan dalam kancah saingan sebenar yang harus mencengkam minda.
Cabaran dipikul skuad muda negara amat besar kerana keputusan positif, malam ini akan terus menambat kepercayaan peminat terhadap kemajuan bola sepak tanah air.
Kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik adalah pada 1980 di Moscow, Russia (ketika itu dikenali sebagai Kesatuan Soviet) tetapi anehnya tidak beraksi kerana memboikot tindakan Soviet menyerang Afghanistan.
Apapun, barisan ini akan memberi satu permulaan meyakinkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Pakistan anggap Malaysia barisan mantap
2011/02/23
SESI latihan dua minggu di Thailand menjadi bekalan penting Pakistan menghadapi Malaysia pada pada aksi pertama pusingan kelayakan Olimpik di Stadium Shah Alam, malam ini.
Jurulatih Pakistan, Tariq Lutfi berkata, sepanjang dua minggu di Thailand, skuadnya mengadakan empat perlawanan persahabatan yang mana perlawanan terbabit memberi pendedahan berguna kepada anak buahnya menghadapi Malaysia yang disifatkannya pasukan mantap.
“Pemain saya kini dalam dalam suasana bagus serta bersemangat dan kami datang ke sini untuk bertanding serta berusaha untuk memberi tentangan sengit kepada Malaysia,” katanya pada sidang media di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, semalam.
Pakistan hadir dengan membawa 19 pemain termasuk dua pemainnya yang berpangkalan di Eropah iaitu penjaga gol Yousof Ejaz Butt dari kelab Birkerod IF Skjold, Denmark dan Irfan Khan yang mewakili Kelab Persatuan Bola Sepak Bradford Park Avenue, England.
Menurutnya, semasa membimbing skuad kebangsaan Pakistan sebelum ini, dia berjaya membawa skuadnya memenangi tiga kejuaraan kejohanan Asia Selatan dan semua itu dicapai atas usaha keras serta disiplin tinggi mereka untuk mencari kejayaan.
Mengenai insiden dua pemainnya yang ditimpa kemalangan kecil berpunca troli beg ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kelmarin, Lutfi berkata ia tidak serius dan mereka mampu beraksi malam ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Skuad Kim Swee sedia tempur
Oleh Ahmad Fiesal Othman
2011/02/23
Cari jaringan besar sebagai modal selesa bagi perlawanan kedua di Lahore
“PEMAIN sudah bersedia. Saya percaya mereka akan bertindak garang memastikan kemenangan milik skuad negara,” kata jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee, semalam.
Kata-kata buat mengapikan semangat anak didiknya itu terarah kepada pertembungan menentang Pakistan pada pada aksi pertama pusingan kelayakan Olimpik di Stadium Shah Alam, malam ini ketika dia menuntut bukan sahaja kemenangan tapi jumlah jaringan besar sebagai modal selesa bagi perlawanan kedua di Lahore pada 9 Mac nanti.
“Jika perlu saya sanggup turunkan tujuh atau lapan penyerang mencapai misi ini,” katanya.
Sandaran Kim Swee memastikan Pakistan berputih mata dalam kunjungan ke Shah Alam terletak di bahu barisan pertahanan kental diterajui Mohamad Muslim Ahmad, Mohd Affize Faisal Mamat, Mohammad Fadhli Mohd Shas dan Mohd Faizal Muhamad.
Bagi jentera serangan, Kim Swee menaruh harapan kepada dua tonggak Kedah, Ahmad Shakir Ali dan Faizal Abu Bakar serta penyerang Negeri Sembilan, Mohd Fakri Saarani bagi menggantikan khidmat Izzaq Faris Ramlan dan Syahrul Awari Ibrahim yang cedera. Mahali Jasuli, K Gurusamy, Gary Steven Robbat dan Wan Zack Haikal Wan Nor mungkin diberi kepercayaan sebagai perancang utama bahagian tengah buat merobek gawang Pakistan.
Bintang skuad kebangsaan yang juga penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat dipilih sebagai kapten menggantikan Mohamad Muslim.
Menurut Kim Swee, Khairul Fahmi dipilih sebagai kapten pasukan pada kali ini kerana penjaga gol itu dianggap pemain paling berpengalaman dalam skuad dan mampu melaksanakan tugas itu dengan baik berdasarkan aksi cemerlang yang dipamerkannya di kejohanan Piala Suzuki AFF Disember lalu. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
player Pakistan dah injured digelek beg pakaian (jatuh elevator) |
|
|
|
|
|
|
|
harap2 mesia berjaya.. |
|
|
|
|
|
|
|
ada live kt rtm1 a.k.a tv1 mlm neh kol 8.40
kpd yg xde astro tu bleh la tgk |
|
|
|
|
|
|
|
sian khairul fahmi.. ganazz nyer pakistan..padan muka dpat kad merah.:@. go..go.. malaysia.. skrang 2-0.. pulun lg.. bg 3-0... |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah buat pasukan Malaysia. Semoga dapat mengekalkan prestasi yang cemerlang apabila berkunjung ke Pakistan bagi perlawanan timbal balik menentang Pakistan. |
|
|
|
|
|
|
|
keapa x gune k rajagopal ek apsal safee sali x main |
|
|
|
|
|
|
|
parah ni kalau 2-0 je. dengan pasukan mundur pun tak boleh makan besar ke |
|
|
|
|
|
|
| |
|