CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8559|Reply: 0

[Perak] Taska Kemas musnah dalam kebakaran

[Copy link]
Post time 6-12-2023 04:41 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA bomba memadam kebakaran melibatkan sebuah Taska Kemas di Pekan Gopeng, Gopeng hari ini. - Foto IHSAN JBPM

GOPENG – Sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) milik Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Pekan Gopeng di sini musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng, Mohamad Nasir Mohamad Arshad berkata, sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 7.38 pagi.

Katanya, pasukan dari BBP Kampar dan Simpang Pulai turut ke lokasi kejadian bagi membantu operasi pemadaman.

“Kebakaran melibatkan bangunan Taska Kemas kelas A. Kebakaran yang bermula dari bahagian stor itu disedari seorang guru yang kemudian menghubungi balai bomba bagi bantuan

“Tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kebakaran itu kerana sesi pembelajaran masih belum bermula,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, tindakan pantas anggota berjaya mengawal api daripada merebak ke bangunan Pejabat Penghulu Mukim Teja dan rumah kedai berhampiran.

“Kebakaran itu memusnahkan 60 peratus bangunan melibatkan bahagian stor dan dapur. Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Setakat ini, bangunan tersebut tidak selamat diduduki. Operasi tamat pada pukul 9.29 pagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... ah-dalam-kebakaran/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.464394 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list