View: 8553|Reply: 7
|
"Senang Mati"- Kulit Jadi Panas Dan Merah, Wanita Ada Lebih Daripada 37 Alahan
[Copy link]
|
|
Seoul: Wanita berusia 21 tahun di Seoul mendedahkan 37 cara baharu untuk mati gara-gara alahan yang dialaminya.
Joanne Fan yang juga pencipta kandungan, memberikan senarai bahan makanan yang boleh menyebabkannya mengalami alahan dan berlakunya ekzema.
Dalam video itu, Fan memberitahu kacang dan makanan laut adalah antara bahan yang menyebabkan alahan, lapor New York Post.
Foto: NY Post
"Saya hanya mengatakan 37 alahan kerana ia adalah nombor kegemaran saya, tetapi realitinya lebih banyak," katanya lagi.
Dia sekali lagi memeriksa alahannya dengan ujian di klinik pada bulan lalu, dan mengenali beberapa (alahan) baharu.
"Sesetengah buah yang saya tidak sangka saya alah menunjukkan reaksi pada ujian seperti limau gedang," kata Fan.
"Saya bergurau bahawa saya mempunyai cara baharu untuk mati dalam video untuk melihat keadaan saya," katanya dengan mendedahkan dia sebenarnya tidak tertekan dengan alahannya.
Menerusi salah satu video di IG, Fan menerangkan cara dia makan di restoran dan kedai makan di tepi jalan.
"Saya dapat rasa panas sebelum (kulit) menjadi merah," katanya dipetik The Post.
"Ia biasanya bermula dalam masa 10 minit selepas makan sesuatu yang saya alah dan saya akan mula menggaru atau mendapati diri saya menjadi sangat panas.
"Bahagian yang paling sukar adalah bagaimana ia memberi kesan kepada ekzema saya dan bukannya diet saya, orang melihat saya dan mereka seperti, "Apa yang berlaku pada muka awak? Kenapa merah sangat?.
"Alahan teruk tahun ini, dan ia benar-benar menjejaskan keyakinan saya," tambahnya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Iols kadang2 ok dengan udang, kadang2 tak ok.
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian dgn org alahan ni... mcm2 kene jaga... |
|
|
|
|
|
|
|
Meols ada alahan ubat...kalu tersalah mkn ubat nanti mata meols bengkak dan gatal2. Doc Kata takper, org lain alahan ubat lg teruk smp their throat block dan tak bole bernafas.
|
|
|
|
|
|
|
|
Penerima darah patut hati2 le pederma darah yg ada alahan |
|
|
|
|
|
|
| |
|