View: 5652|Reply: 23
|
Mainkan Hukum Islam, Bukan Main Sakan Golongan Wanita Berangan Nak Kahwin Lebih Satu Suami
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Segelintir wanita didakwa mempermainkan hukum Islam berkaitan poligami yang mana sekiranya golongan tersebut dibenarkan memiliki lebih daripada seorang suami.
Kecaman itu susulan tular di media sosial hantaran didakwa seorang pengguna TikTok yang kemudiannya mendapat maklum balas segelintir pengguna lain yang dikatakan turut memainkan hukum poligami.
Antara komen yang ditinggalkan seperti seronok jika wanita boleh mengamalkan poligami selain mahu mencukupkan kuota suami empat orang.
“Bapak bestnya kalau perempuan boleh poligami,” kata seorang pengguna.
“Risau anak nak bin atau binti dengan suami yang mana satu pula,” kata pengguna TikTok yang lain ditambah dengan emoji ketawa.
“Kalau boleh nak empat terus cukupkan kuota, senang hahaha,” ujar seorang lagi pengguna TikTok.
Gurauan dianggap melampau itu turut mendapat teguran daripada pendakwah bebas, Firdaus Wong menerusi hantaran pada Instagram beliau hari ini sekali gus menerima maklum balas daripada pengikutnya yang bersetuju, hukum Islam tidak boleh dipermainkan.
“Apabila hukum dijadikan gurauan dan imaginasi pula tidak dipasakkan pada al-Quran dan sunnah. Kenapa selama ini saya berusaha mendidik masyarakat agar jangan terlalu emosional dan berfikiran rasional?
“Kerana saya tahu apabila emosional seseorang itu tinggi, maka rasional seseorang itu akan menjadi rendah. Seorang yang emosional akan senang dimanipulasi.
Dimanipulasi oleh orang lain dan bisikan syaitan sehingga bertindak di luar batasan syariat agama Islam.
“Apabila seseorang itu mampu berfikir rasional, dia akan berfikir dan bertindak berpandukan al-Quran dan Sunnah. Islam menggalakkan manusia berfikir. Nak bergurau? Boleh silakan, Islam tidak melarang manusia bergurau, tetapi ada batasannya. Jangan menjadikan agama sebagai bahan gurauan,” tegasnya.
Firdaus turut menegaskan bahawa Islam mempunyai prinsipnya yang tersendiri.
“Selepas berimaginasi dengan kalaulah perempuan boleh berpoligami, apakah akan ‘dihalalkan’ pula dengan imaginasi songsang tentang Allah dan Rasul pula?
“Saya tidak terkejut andai semua itu berlaku apabila manusia yang mengaku muslim membiarkan dirinya bertindak mengikut emosi bukan mengikut ajaran Islam,” katanya. –CARI
Sumber: Kosmo |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nanti pondan gila ketagih cop ko napsu gajah napsu kuda pulak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kerja bodoh ilusi merepek gersang sape la ni |
|
|
|
|
|
|
|
konten mengarut dan menyimpang. ntah ape ape sekarang ye |
|
|
|
|
|
|
|
aku baca komen tu aku rasa sarcasm ja tu, saja melawak. kalau kata perempuan mempermainkan hukum islam, lelaki dah lama dah buat. bab poligami kemain kan nak ikut islam sunnah katanya, tapi bab lain mcm solat dan tanggungjawab dia buat main-main je |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nolya at 6-12-2023 05:18 PM
Jgnlah lelaki yg tau hukum cepat sangat terkucil dn melatah dgn andaian begitu "sekiranyalah pompuan pun boleh brsuami empat". Cepat juga marah dn tersenggolnya ye? Cepat juga mengatakan kenyataan begitu mempersendakan hukum poligami. Walhal, realitinya, siapa yg selama ini mempersendakan hukum poligami? Tak perlu berdalih itu inilah bila mana isteri dan anak2 sering teraniaya dek sifat suami2 yg berpoligami, tak terkena kpd isteri pertama, terkena juga kpd isteri kedua. Saya berpendapat bahawa kenyataan begitu hanyalah satu sindiran/tamparan halus kpd para lelaki ttpi lelaki mengelak dn melemparkan pula kononnya kenyataan begitu sbg sendaan kpd hukum poligami. Itu cuma omong2 kosong sajalah wei..... marah besar nampak?
Sbg wanita Islam, tentu fham/jelas dan nyata memang poligami di kalangan wanita tak akan sama sekali terjadi. Status wanita ketika hendak menikah pasti dijelaskan: adakah bikir, janda, tidak dlm edah/ehram atau isteri orang? Tak juga wanita itu boleh berbohong kerana kenyataannya melibatkan wali dn dua saksinya? Masakan wali dn dua saksi turut ikut membohongi kadhi demi meluluskan akad. Tak mugkin dn tak akan terjadi dlm negaraku M'sia. |
|
|
|
|
|
|
|
annehuda replied at 6-12-2023 04:56 PM
aku baca komen tu aku rasa sarcasm ja tu, saja melawak. kalau kata perempuan mempermainkan hukum isl ...
Ntahnya.
Tibah nk kait mainkn hukom agama.
Yg jantan selama²nya dok pelekeh hukom mcm chuols sebut tu purak² tatau lak.
Hanat ja sekor². |
|
|
|
|
|
|
|
Yg berangan tu Acik2 kepam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ada sebut Islam ka?
serupa ja macam fantasi kalaulah lelaki kena beranak. Sikit2 terhina lobai ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
I rasa dia perli je tu. Sarkastik. But bila ke social media ni, memang mengundang la. Especially bila dapat ke orang yang cepat menghakimi. |
|
|
|
|
|
|
|
ctaf replied at 6-12-2023 06:58 PM
Tu korang tak masuk group prompters malaya..ya Allah imaginasi sorg2..menakutkan..kalau yang laki ta ...
Yg pompuan imagine apa sis? |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 6-12-2023 08:02 PM
Dia ada sebut Islam ka?
serupa ja macam fantasi kalaulah lelaki kena beranak. Sikit2 terhina lobai ...
Gambar tu pakai tudung....bila masa plk pompuan jepun tutup aurat |
|
|
|
|
|
|
|
Sentap pulak lobai. Kaum2 lobai yang amal poligami tapi pergi nikah di siam + tak berlaku adil dengan isteri2 tu tak mempermainkan agama ke?
Bila orang buat gambar untuk sarcasm banyak pulak dalil2 keluar. |
|
|
|
|
|
|
|
lebai bodoh
betul kata cina sokong israel tu
pemikiran melayu dah dicelup anasor pemikiran arab yakni wanita adalah harta dan duduk bawah tapak kaki suami/lelaki
tgoklah berapa bnyak khalifah wanita? 0
berapa bnyak pemimpin wanita dlm bangsa arab?0
berapa ramai pahlawan wanita dlm bangsa arab?0 |
|
|
|
|
|
|
|
Nengokkan laki adira tu... Hampeh sehampehnye.... Mmg xnakla pompuan di madukan... Buat sakit mental je... |
|
|
|
|
|
|
|
Pompuan sekarang dah xsegan silu share imaginasi derang kat socmed. Satu dunia bleh tgk imaginasi kau yg x tally dgn wajah tu.
Dulu2 ning baizura je berani share imaginasi dia |
|
|
|
|
|
|
|
tiba2 teringat Ning Baizura.... |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 6-12-2023 10:31 PM
Gambar tu pakai tudung....bila masa plk pompuan jepun tutup aurat
Still fantasi beliau tidak mengaitkan lslam kenapa lobai trigger? Kalau lelaki melayu instead yang berfantasi kalaulah boleh kawin sepuluh dikira menghina islam tak? |
|
|
|
|
|
|
|
yg 1 tu pun ko x larat nak tadah,sanggup ke ko nak layan gambang, |
|
|
|
|
|
|
| |
|