View: 5343|Reply: 0
|
[Terengganu]
Doktor tak mengaku 10 tuduhan buat catatan, dokumen palsu sijil vaksinasi
[Copy link]
|
|
Pengamal perubatan swasta, Dr Muhamad Reze Rashid, 52, (bertopi) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas 10 pertuduhan membuat catatan dan dokumen palsu berkaitan sijil vaksinasi.
MARANG: Seorang doktor klinik swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membuat catatan dan dokumen palsu berkaitan sijil vaksinasi.
Tertuduh, Dr Muhamad Reze Rashid, 52, membuat pengakuan tidak bersalah sejurus 10 pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret Zur Azureen Zainalkefli.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan niat membuat catatan palsu tentang status penerimaan vaksinasi terhadap seorang lelaki berusia 44 tahun.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 477A Kanun Keseksaan (KK) berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Tertuduh turut didakwa membuat dokumen palsu dengan secara fraud menyempurnakan satu dokumen iaitu kad peringatan vaksinasi terhadap individu sama.
Dia yang didakwa mengikut Seksyen 464(a) KK berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Tertuduh turut berdepan lapan lagi pertuduhan iaitu masing-masing empat pertuduhan mengikut Seksyen 477A KK dan empat pertuduhan mengikut Seksyen 464 (a) KK.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah klinik di Kampung Rhu Rendang, Marang 7 hingga 23 Disember 2021
Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 17 Januari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah manakala tertuduh diwakili peguam bela, Najib Zakaria dan Azahir Nasir.
Media pada Januari tahun lalu melaporkan polis Terengganu membongkar kegiatan penjualan sijil vaksinasi COVID-19 dipercayai palsu dengan merampas kira-kira 1,900 keping sijil.
Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat yang diterima mengenai penipuan mengeluarkan sijil vaksin kepada golongan yang tidak mahu disuntik atau golongan anti vaksin.
https://www.bharian.com.my/berit ... dokumen-palsu-sijil |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|