CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6300|Reply: 31

Kawan-Kawan Pinjam RM400,000 Tapi Tak Bayar- Suami Nak Beli Beras Pun Tak Mampu, Hantar Anak Isteri Balik Rumah Mentua

[Copy link]
Post time 6-12-2023 11:41 AM | Show all posts |Read mode
Seorang pempengaruh media sosial mengenai rakannya yang meluahkan perasaan dalam satu pertemuan, baru-baru ini.


“The struggle is real. Dia boleh dikatakan 'kencang' juga pendapatannya sebelum ni. Apabila duduk bersua muka, satu persatu dia cerita.


“Susah sangat sekarang. Sampai satu tahap beras habis nak beli tak ada duit. Nak sara anak isteri pun tak mampu,” kongsi Mohd Fadli Salleh di Facebook.




Gambar Hiasan




Menurut Mohd Fadli yang juga seorang guru, kesulitan yang dialami menyebabkan rakannya itu terpaksa menghantar isteri dan anak ke rumah mentua.


Katanya lagi, mujur mentua rakannya memahami selepas diberi penjelasan mengenai situasi sebenar.


Bukan sekadar itu, rakannya juga pernah meminjam daripada pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau Ah Long sehingga mencecah ratusan ribu ringgit.


“Alhamdulillah, hutang Ah Long dah selesai dengan bantuan kawan dia. Kawan dia bagi pinjam duit memandangkan dia terdesak sangat.


“Simpanan semua licin. Apa barang berharga boleh jual dia jual. Kereta, motor semua dah jual. Jalan kaki dan guna pengangkutan awam je sekarang. Terduduk habis dia sekarang,” ujarnya lagi.


Mengulas lanjut, Mohd Fadli berkata, rakan berkenaan kini cuba bangkit kembali dengan memperoleh semangat dan kekuatan tanpa berputus asa.


“Dia turun naik cari kerja sana sini. Yang pedih sikit aku dengar, masa dia agak senang ramai kawan-kawan pinjam duit. Dia kira jumlah sekitar RM400,000 juga.


“Cuma itulah, kawan-kawan dia sekarang pun semua tengah terduduk. Aku nak minta pun, tengok mereka semua sedang struggle juga sekarang.


“Mereka pun tahu aku tengah teruk, tapi mereka tak mampu buat apa-apa nak bantu aku, cikgu," ujarnya mengimbas kembali perbualan bersama rakannya itu.


Mengakui sedih melihat rakan-rakan dan kenalan diuji dengan zaman ‘kejatuhan’, Mohd Fadli mendoakan yang terbaik agar mereka kembali bangkit dengan lebih berjaya.


Daripada sisi lain, Mohd Fadli turut berkongsi nasihat kepada semua pihak supaya sentiasa bersikap prihatin terhadap keluarga dan rakan-rakan di sekeliling.


“Kadang mereka ni daripada luar nampak senang, sebenarnya menanggung bebanan kewangan yang maha besar. Ada dua kawan aku (setakat ini) jujur beritahu, dia sampai tahap terlintas nak bunuh diri sebab tak tahu nak kendali masalah kewangan. Keliling orang cari minta hutang.


“Nasib masih ada iman tersisa, ingat hukum Islam haram bunuh diri, batal niat tu. Kata mereka, jika tiada larangan dalam agama, pasti mereka ambil jalan itu.


“Kita rasa kita susah, rupanya lebih ramai orang susah. Rupanya kawan-kawan dekat kita pun ada tengah struggle. Moga Allah permudah urusan mereka,” katanya.


Tambah Mohd Fadli lagi, sebaik-sebaiknya setiap individu perlu mempunyai simpanan sekurang-kurangnya tiga bulan gaji sebagai tabung kecemasan.


“Kalau gaji RM2,000, paling kurang kena ada RM6,000 simpanan kecemasan yang kalian takkan sentuh, takkan bagi orang pinjam. Guna untuk kecemasan kalian sahaja.


“Usaha dan terus usaha. Jangan patah semangat. Takkan selamanya hujan dan ribut taufan ini melanda, sampai suatu ketika yang tepat semuanya akan kembali baik-baik saja,” katanya di Facebook. -CARI


Sumber: mStar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2023 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku kalo laki aku bg pinjm duit kat org pas tuu nak beli beras takde mmg aku hempuk laki aku tuu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 11:58 AM | Show all posts
Buritan replied at 6-12-2023 11:56 AM
Aku kalo laki aku bg pinjm duit kat org pas tuu nak beli beras takde mmg aku hempuk laki aku tuu..

ada la rezeki tu nanti
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
honam replied at 6-12-2023 11:58 AM
ada la rezeki tu nanti

Sampai anto anak bini blk kg ape cer plk dahh.. bg pinjm tuu berpada laa..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu org pesan biar luar nampak susah tp dlm kita senang, drp org nampak kita senang, jd senang diorg pinjam duit dgn kita wpun dia sndri ada duit sbnarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Over sgt bagi org pinjam smp total 400k. Sedangkan diri sendiri takde back up savings.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2023 01:54 PM | Show all posts
rajin betul cikgu ni mengarang..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi pinjam.rm400k tu dahsyat Beno
Kawan Kau tu bank ke? Huhu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2023 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
400k itu sebijik rumah, sanggup x berumah janji tolong kawan gituh
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 02:08 PM | Show all posts
shernazz replied at 6-12-2023 02:01 PM
Tapi pinjam.rm400k tu dahsyat Beno
Kawan Kau tu bank ke? Huhu..

kadang bukan selepuk 400k..
mungkin sikit2 2 3 ribu dulu.. janji bayar bulan depan.. senyap..
tambah lagi hutang.. janji bayar semua.. sama nasib

tu baru sorang kawan..
adik beradik lagi.. sedara mara lagi.
biasanya bila kita ni nampak berduit.. memang jadi aim kawan2.. keluarga bila waktu terdesak.

lakiku slalu jadi mcm ni..
bila adik beradik terdesak.. memang laki aku la dorang cari..
pinjam takdela banyak pon..
pinjam 300.. janji bayar bln depan..
bln depan.. bayar 100
bulan depan lagi.. pinjam lagi..

yang laki aku pulak.. kalau dah bagi pinjam.. sure la short..
tapi sebab kami ada saving.. jadi takdela nak meminjam dengan sesiapa..
pusing2 saving.. korek kambus sendiri je la..
jadi orang nampak kita mcm takde masalah..
mcm sentiasa berduit.. sesedap rasa mintak.
walhal ada jugak masa pasang surutnya.. tapi orang tak nampak.
ada adik beradik yang meminjam sikit2.. sampai total dah 3k..
kalau dah tiap bulan meminjam... mana gayanya nak bayar balik?
memang burn gitu ajela jawabnya
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 02:21 PM | Show all posts
hahahahaa.... kencing sangat ni berita nih....

400k tu... hahahaha...

kalau sekali pinjam 5k, da ada 80 transaction...
kalau sekali pinjam 10k, da ada 40 transaksi..

amboiii ramainya bff ko sampai 40 orang ko bagi pinjam ekk...
setiap kawan tu da pinjam sekali & tak bayar da kenapa ko nak bagi pinjam lagi...

hahahhaaha...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
talapia replied at 6-12-2023 02:08 PM
kadang bukan selepuk 400k..
mungkin sikit2 2 3 ribu dulu.. janji bayar bulan depan.. senyap..
tamb ...

Sis jgn bg laa terutama pd adik beradikkk.. nanti jd mcm aku pulak
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 02:25 PM | Show all posts
Betul punya pemurah insan ini
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
apa bangang nau kau bagi pinjam last2 family kau yg menanggung
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi kwn pinjam sampai 400k? Ni mesti bljr nak jd ahlong tp hati tisu
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
ntah ler tp aku mmg  ada beberapa org dlm circle aku yg mmg aku bantu bulanan.
adik aku marah je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2023 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai lagi ke yang meminjam zaman skrg ni? Bukan org malaya ramai dah kaya raya ke senak najib jatuh...

Apa moto hari tu..
Najib tumbang rakyat senang..

Haa gitu
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapo yang berhutang Sila bayar lah hutang tuh. Jgn buat bodoh. Kau meminjam pandai nak pulang balik cam tuh duit kau pulak
Lahanat sungguh penghutang nih.

Moga ada rejeki lain untuk orang nih
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Alangkan anak pm pun pinjam duit dgn anak pm yg lain.


Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 6-12-2023 03:15 PM
Ramai lagi ke yang meminjam zaman skrg ni? Bukan org malaya ramai dah kaya raya ke senak najib jatuh ...

Ankel k pinjam dengan ankel j.


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.502512 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list