CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7121|Reply: 0

[Johor] 3 termasuk Datuk dituduh edar dadah

[Copy link]
Post time 4-12-2023 11:49 AM | Show all posts |Read mode

LIMA lelaki termasuk seorang bergelar Datuk dihadapkan ke Mahkamah Majisteret Johor Bahru atas tuduhan mengedar dadah seberat 22.541 kg, pada bulan lalu. FOTO Omar Ahmad

Johor Bahru: Tiga individu termasuk ahli perniagaan bergelar Datuk dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini, hari ini atas tiga pertuduhan mengedar dadah seberat 23.541 kilogram (kg), bulan lalu.

Tertuduh Datuk Loong Chan Yow, 46; Chai Choon Foo, 54 dan Wong Fook Loy; 46 mengangguk faham, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret R Salini, namun tiada pengakuan direkodkan.

Bagaimanapun dua lagi warga Myanmar, Win Min Hliang, 30 dan Kaung Myat Phyoe, 26 yang sepatutnya didakwa secara bersama hari ini, akan dibacakan pertuduhan pada 23 Januari depan untuk jurubahasa.

Mengikut kertas pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa mengedar dadah jenis serbuk Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 22.5 kg, pil MDMA seberat 368 gram dan serbuk MDMA 673 gram.



Semua kesalahan itu dilakukan di lot tidak bernombor Jalan Sagai 6, Taman Pasir Putih dekat Pasir Gudang pada 27 November lalu, kira-kira 11 pagi.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 15 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Fatimah Mamu. Manakala semua tertuduh termasuk warga Myanmar diwakili peguam, Mohd Hamizi Mohd Yusof.

Mahkamah menetapkan 23 Januari sebagai tarikh laporan kimia dan jurubahasa bagi dua tertuduh warga Myanmar.

Pada 29 November lalu, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dalam sidang media melaporkan kejayaan Polis Johor menumpaskan satu sindiket penyeludupan arak dan pengedaran dadah selain berjaya membongkar sebuah makmal dadah dalam tiga serbuan berasingan.

Lima lelaki ditahan termasuk seorang bergelar Datuk yang dipercayai menjadi dalang.

Kamarul Zaman berkata jumlah nilai rampasan dadah, sitaan dan arak tanpa cukai kastam yang dirampas sebanyak RM10.37 juta.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -dituduh-edar-dadah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.076019 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list