View: 5689|Reply: 9
|
Suami Jadi Boroi Dan Gemuk Sebab Isteri Queen Control
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Isteri tidak sepatutnya menghalang suami daripada melakukan aktiviti luar dengan alasan masa dan komitmen perlu dicurahkan sepenuhnya pada keluarga.
Menurut sebuah hantaran di laman Facebook Public Health Malaysia, sama seperti isteri, kaum suami juga perlukan ‘me time’ untuk kesihatan mental yang lebih terjamin.
Gambar Hiasan
“Ramai suami yang dahulunya sihat dan aktif sebelum kahwin, menjadi boroi dan gemuk.
“Ini kerana aktiviti yang digemari sebelum ini seperi bersukan, memancing dan aktiviti luar tidak dapat diteruskan kerana komitmen penuh kepada keluarga,” katanya.
Tambah PHM, ada juga sesetengah lelaki yang takut untuk membeli barang dengan tujuan ‘self reward’ kerana risau dikritik oleh isteri.
“Berbeza dengan wanita, lelaki sikapnya memang tidak suka bercakap. Seronok pun diam, sedih pun diam, banyak yang dipendam menyebabkan risiko masalah mental berganda.
“Mereka hanya boleh menjadi “diri sendiri” apabila bersama dengan rakan. Sekali sekala, benarkan mereka untuk keluar bersosial tanpa ditemani isteri dan keluarga,” katanya.
Demi menjaga kesihatan mental suami, PHM menasihati golongan isteri di luar sana agar memberi kebebasan untuk suami melakukan aktiviti yang digemari.
“Galakkan suami untuk aktif semula di padang dan beri mereka secebis kebebasan seperti zaman bujang.
“Sekali sekala benarkan mereka hadiahkan sesuatu untuk diri sebagai ganjaran kepada diri sendiri.
“Walaupun tubuh besar, didalamnya masih anak kecil yang ada banyak impian dan barang barang yang ingin dibeli,” katanya. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
sendiri pelahap
pehtu tak exercise sbb katanyehhh bini tak bagi
padahal 1 hr a day dah cukup dah buat brisk walk ke jogging dekat kawsan rumah ke
ujung2 salah bini?
apooooooooooooo |
|
|
|
|
|
|
|
Masalahnya laki aku tu aku suruh pergi join jiran2 main badminton dia xnak. Lebih suka duduk main playstation kat rumah sambil menghadap keropok. |
|
|
|
|
|
|
|
suami tu yang tak nak jaga kesihatan diri, malas nak exercise pastu nak salahkan isteri pulak -
|
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun tubuh besar, di dalamnya masih anak kecil yang ada banyak impian dan barang barang yang ingin dibeli
Org pompuan pun ada inner child, tapi ramai pujuk hati dan perasaan sendiri sbb dahulukan anak2 agar bila besar nanti dia org tak perlu nak healing2 inner child nih. lg pun somi buncit mcm bapak gorila sbb salah sendirik. tak reti diet ke? parking tempat kerja tu biar jauh sikit, bole jalan kaki bakar lemak. berhenti merokok, kurangkan makanan berminyak etc bodohh |
|
|
|
|
|
|
|
kdg2 bukan isteri tak bagi keluar, tapi suami yg tak sampai hati nk tinggalkn isteri terkongtang kanting uruskn rumah dan anak2. Time bujang dulu aku mmg aktif sukan, blk ofis terus ke gym, mandi dan solat maghrib siap2 kt gym terus gerak main futsal lak sampai pkl 10 lbh.. bila dah kawen mmg tak dpt la nk buat mcm tu lagi..cara nak maintain badan, aku buat jer la HIIT workout kt rumah sambil lompat2 dgn anak2.. |
|
|
|
|
|
|
|
dh ko yg pelahap makan semua nk sumbat dlm mulut, bil dh obes nk salahkan bini pulak..
aiyoo, benda blh excersise kot...nonsense!! |
|
|
|
|
|
|
|
ramainya wanita yg defensive. |
|
|
|
|
|
|
| |
|