CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25535|Reply: 0

[Sarawak] SeDidik mempunyai enam lagi pusat pendidikan awal, asuhan kanak-kanak

[Copy link]
Post time 3-12-2023 11:16 PM | Show all posts |Read mode


Siti Rodziah (dua kiri) serta tetamu mengiringi ketibaan Ahmat (empat kiri) disambut meriah sebaik tiba pada Majlis Konvensyen SeDidik Zon Sibu Ke-32 hari ini.

SIBU: SeDidik akan mempunyai enam lagi tambahan pusat pendidikan awal dan asuhan kanak-kanak yang mula beroperasi pada 2024, kata Pengurus Besarnya Ayub Dahari.

Menurutnya, pada tahun ini SeDidik beroperasi di 100 tempat di seluruh Sarawak di mana 80 pusat ini adalah tadika manakala 20 lagi adalah taska terletak di lokasi-lokasi seluruh Sarawak bermula dari Lundu hingga ke Lawas.

"Insya-Allah pada 2024, SeDidik mempunyai 106 pusat tambahan di beberapa tempat baharu dan salah sebuahnya adalah Zon Sibu iaitu Tadika Rumah Seliau, Hulu Oya.

"Di sini kita dapat melihat besarnya peranan SeDidik membantu Kerajaan Sarawak memberi peluang dan akses kepada pendidikan awal dan pengasuhan kanak-kanak tidak kira di mana mereka berada," katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Pengurus Kanan Sektor Khidmat Korporat SeDidik Sdn Bhd Siti Rodziah Drahman mewakilinya pada Majlis Konvensyen SeDidik Zon Sibu di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Pegawai Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Ahmat Adai mewakili Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Taliff Salleh.

Selaku mewakili warga kerja SeDidik, Ayub merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak khususnya Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) atas kepercayaan meluaskan akses pendidikan awal dan penjagaan kanak-kanak dan memperkasa sumber manusia SeDidik agar sentiasa berdaya saing dan berpandangan jauh.

Menurutnya, pelbagai geran diterima daripada KPWK digunakan sepenuhnya untuk memastikan SeDidik beroperasi dengan lancar dan berkesan.

"Geran itu adalah membantu kami menambah baik mutu dan kualiti perkhidmatan SeDidik di pusat-pusat kami agar sentiasa memberikan yang terbaik kepada ibu bapa dan masyarakat," jelasnya.

Sementara itu, Ayub berkata semasa Sarawak Preschool International Convention 2023 di Kuching pada 18 dan 19 November lalu, SeDidik memenangi Anugerah Taska Berkualiti 2023 menerusi Taska SeDidik Kampung Tunku Abdul Rahman, Miri.

Selain itu, SeDidik juga mendapat pujian negara luar sebagai sebuah institusi pendidikan awal yang jauh melangkah ke depan mendahului institusi pendidikan awal di Semenanjung Malaysia dalam memberi perkhidmatan berkualiti kepada masyarakat.

"Pada tahun ini, kami menerima pujian melalui kunjungan lawatan penanda aras pelbagai pihak, antaranya institusi pengasuhan dan pendidikan Awal bukan sahaja dari dalam negara malah luar negara seperti Delegasi PCF Sparkletots (Singapore), Delegasi Pertubuhan Pengusaha Institusi Pendidikan Swasta Seberang Perai Utara, Pulau Pinang dan Singapore Preschool Association dan sebagainya," jelas beliau.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73582 Replies : 318
Orang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Alam Rugi Lebih RM4 Juta Akibat Skim Pelaburan Palsu Di Facebook
YgBenarOrang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Al
Views : 9003 Replies : 15
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 4675 Replies : 1
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 198215 Replies : 4627
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 6947 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74422 Replies : 2988
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 6467 Replies : 8
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30249 Replies : 221
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 104194 Replies : 2890
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56329 Replies : 149

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.062930 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list