CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25119|Reply: 0

[Sarawak] Pendidikan, moral, etika baik tolak ideologi ekstremis

[Copy link]
Post time 3-12-2023 10:58 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan Sarawak bekerja keras mengangkat halangan ketidaksamaan antara rakyatnya, kata Premier



Lee mewakili Premier Sarawak melepaskan peserta Perarakan Krismas Bandar Raya Miri 2023 sambil disaksikan yang lain.
“Saya percaya Yesus Kristus mengajar semua orang ‘mengasihi jiranmu seperti dirimu sendiri’.”  

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg
Premier Sarawak

Oleh Clare Cinderella

MIRI: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberitahu, salah satu cara menolak ideologi ekstremis adalah memastikan pendidikan rakyat di negeri ini progresif, meluas dan disemai dengan nilai-nilai moral dan etika baik.

“Saya percaya Yesus Kristus mengajar semua orang ‘mengasihi jiranmu seperti dirimu sendiri’.

“Yesus juga memberi anda peraturan mulia iaitu 'melayan orang lain seperti anda inginkan agar orang lain memperlaku anda serupa'.

"Saya menghargai masyarakat Kristian memainkan peranan penting mendidik tua dan muda menempuh jalan keamanan dalam dunia kita yang bergolak ini," katanya berucap merasmikan Perarakan Krismas Bandar Raya Miri Ke-14 di sini malam tadi.

Teks ucapannya dibacakan Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin mewakili beliau merasmikan majlis itu menyaksikan perhimpunan kira-kira 40,000 umat Kristian dari 14 denominasi gereja diketuai Gereja Baptist tahun ini.

Selain itu, Abang Johari berkata Kerajaan Sarawak bekerja keras mengangkat halangan ketidaksamaan antara rakyatnya.

“Kita terus melabur dalam infrastruktur mempercepat pembangunan ekonomi seluruh negeri sehingga ke kawasan pedalaman.

“Kita berusaha mengurangkan jurang ekonomi antara kaya dan miskin.

"Kita menerokai tenaga alternatif seperti hidrogen, menjadikan pengangkutan awam mampu milik dan tenaga solar hibrid menjana kuasa dan membawa sambungan Internet ke kampung, klinik dan sekolah di kawasan terpencil," jelasnya.

Menurutnya, menerusi pokok dan hutan boleh memperolehi kredit karbon. Untuk memastikan keselamatan makanan sambil mengurangkan pelepasan karbon, boleh memanfaatkan tanah berlimpah untuk taman dan ladang komunal.

“Semoga Tuhan membantu kita mencapai visi iaitu masyarakat makmur, harmoni dan saksama di Sarawak,” katanya.

Menurut beliau, melalui Unit Agama-Agama Lain (UNIFOR) dan dasar negeri, beliau  memastikan Sarawak terus menunjukkan kemajuan, kemakmuran dan keamanan kepada seluruh Malaysia dan rantau ini.

“Kerajaan Sarawak akan terus menyokong pemupukan kepercayaan agama, pendidikan dan aktiviti sihat.

“Krismas adalah tentang keamanan yang sepatutnya mengingatkan kita tidak boleh leka, terus bekerja keras memelihara, menjaga dan meningkatkan keamanan dan keharmonian kalangan kita yang berbilang etnik, budaya dan agama.

“Kita menolak semua ungkapan ideologi ekstremis yang menjatuhkan orang lain yang ‘berbeza’ dengan kita,” jelasnya.

Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Penguang Manggil, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala, Pengerusi Persatuan Gereja-Gereja di Sarawak (ACS) Bishop Datuk Danald Jute, Ketua Uskup Keuskupan Katolik Miri Richard Ng dan pengerusi penganjur Pastor Lim daripada Gereja Baptist.

Pada majlis itu, Lee mengumumkan peruntukan berjumlah RM135,000 untuk jawatankuasa penganjur Perarakan Krismas Banda Raya Miri.

Peruntukan daripada Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas (RM50,000), Lee (RM20,000), Penguang (RM15,000), Gerawat (RM15,000), Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting (RM15,000), ADUN Pujut merangkap Datuk Bandar MBM Adam Yii (RM10,000) dan ADUN Telang Usan Dato Dennis Ngau (RM10,000).

Majlis itu turut menyaksikan jawatankuasa penganjur menyerahkan sumbangan berjumlah RM30,000 kepada Persatuan Kesihatan Mental Miri, Malaysia Prisons Fellowship of Miri, Pemulihan Dadah Kenosis (Pusat Lelaki), Pusat Dialisis Persatuan Bulan Sabit Merah Miri (Tabung Kebajikan), Pusat Jagaan Paliatif Miri dan Persatuan Orang Cacat Sarawak.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 197681 Replies : 4584
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 1111 Replies : 0
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 1616 Replies : 0
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73507 Replies : 316
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30249 Replies : 221
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 104093 Replies : 2890
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56329 Replies : 149
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30625 Replies : 167
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26655 Replies : 100
Aneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
simpletongohAneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
Views : 4964 Replies : 29

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.337760 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list