CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24358|Reply: 0

[Sarawak] Pengerusi MPS kesal penganjur, pengunjung tidak prihatin aspek kebersihan

[Copy link]
Post time 3-12-2023 10:51 PM | Show all posts |Read mode
SIBU: Tong sampah disediakan di sekitar Dataran Tun Tuanku Bujang, namun masih ramai yang mengambil jalan mudah membuang sampah merata tempat.

Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Clarence Ting melahirkan rasa kecewa terhadap sikap penganjur dan pengunjung yang membuang sampah merata-rata ketika penganjuran Minggu Motosikal Antarabangsa Sibu.

“Saya mengalu-alukan ramai penunggang motosikal dari seluruh dunia datang ke Sibu. Mereka berada di seluruh bandar membawa tenaga yang luar biasa ke Sibu.

“Saya doakan anda semua selamat pulang. Namun, ketika saya berada di dataran bandar awal pagi tadi, inilah yang saya nampak," katanya menerusi catatan di Facebooknya, hari ini.


Ting turut menegur pihak penganjur untuk melakukan kerja yang lebih baik daripada membiarkan kawasan itu berselerak dengan sampah sarap.  

“Saya pasti para penunggang motosikal boleh menjaga alam sekitar dengan lebih baik daripada ini," katanya.

Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa II Sibu baru-baru ini telah menjadi lokasi penganjuran Minggu Motosikal Antarabangsa Sibu yang berlangsung dari 1 hingga 2 Disember 2023.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.056710 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list