CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4317|Reply: 0

[Sarawak] Tabung Darah Hospital Miri mohon orang awam derma darah, penuhi keperluan musim perayaan

[Copy link]
Post time 3-12-2023 10:33 PM | Show all posts |Read mode


Gambar hiasan

MIRI: Tabung Darah Hospital Miri terus memohon orang awam termasuk penderma baharu untuk tampil menderma darah bagi memenuhi keperluan pesakit pada musim perayaan.

Tabung Darah Hospital Miri dalam satu kenyataan, berharap orang awam tampil bagi menderma darah sempena musim perayaan Krismas dan cuti sekolah tidak lama lagi.

"Tabung Darah Hospital Miri ingin menjemput para penderma untuk menderma darah sebelum menjelang perayaan Krismas akan datang.

"Bersamalah kita menjalankan tanggungjawab sosial demi menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan bekalan darah berterusan," katanya hari ini.

Bagi memastikan kempen derma darah berterusan, pihaknya juga telah menjadualkan kempen derma darah yang akan diadakan sekitar Miri, Disember ini.

Antaranya pada 6 Disember anjuran Miri Crude Oil Terminal Lutong, manakala pada 9 Disember, kempen akan diadakan di Hospital Columbia Asia sementara anjuran MRC Miri Chapter pula dikempen diadakan di Bintang Mega Mall pada 10 Disember.

One Medicare Sdn Bhd pula akan menganjurkan kempen derma darah pada 11 Disember di Tabung Darah Hospital Miri dan Surau Al Hidayah Tab Cinaq pada 13 Disember.

Kempen sama turut diadakan pada 16 Disember anjuran Naim Land Sdn Bdn (Southlake), Persatuan Buddha Batu Niah di Dewan SJKC Chee Mung Batu Niah (17 Disember).

Di samping itu, kempen derma darah anjuran Sukarelawan Jalanan akan diadakan pada 23 Disember di Level 1 Bintang Megamall, Persatuan Alumni St Joseph di Permymall pada 30 Disember dan Miri Life Care Society pada 31 Disember di Bintang Megamall.

Kesemua kempen derma darah berkenaan akan bermula antara jam 9 pagi hingga 1 tengah hari, bergantung kepada lokasi penganjuran.

Selain hadir di kempen derma darah yang disusun atur pihaknya, orang awam juga boleh datang sendiri ke bangunanTabung Darah Hospital Miri dan tempat meletak kereta turut disediakan.

Penderma tidak perlu membuat janji temu untuk datang menderma darah kerana pihak Tabung Bank Hospital Miri sentiasa mengalu-alukan kedatangan mereka.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 198865 Replies : 4651
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 10614 Replies : 2
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30349 Replies : 222
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27126 Replies : 106
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41227 Replies : 250
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73611 Replies : 320
On your mark get set go!!
jueazOn your mark get set go!!
Views : 1010 Replies : 0
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 8371 Replies : 3
Kucing Pitbull
intan_smsbKucing Pitbull
Views : 2340 Replies : 2
Fakta Unik Kucing Tuxedo
intan_smsbFakta Unik Kucing Tuxedo
Views : 5497 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.054690 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list