CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3229|Reply: 0

[Sarawak] Sekitar 5,000 ikuti perarakan Krismas di Mukah

[Copy link]
Post time 3-12-2023 10:24 PM | Show all posts |Read mode
MUKAH: Sekitar 5,000 orang yang terdiri daripada masyarakat majmuk sekitar kawasan ini telah menyertai Perarakan Krismas di Mukah, malam ini.

Timbalan Menteri Ekonomi Dato Hanifah Hajar Taib yang juga merangkap Ahli Parlimen Mukah mengetuai perarakan itu.



Beliau turut diiringi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Royston Valentine.


Hanifah (depan, tengah) mengetuai perarakan sempena Krismas, malam ini.

Perarakan ini merupakan anjuran bersama pihak Persatuan Gereja-Gereja Sarawak (ACS) Cawangan Mukah, Pusat Khidmat Parlimen Mukah dan Pejabat Daerah Mukah.

Sebelum perarakan bermula, upacara pencahayaan tujuh pokok Krismas yang dihiasi pelbagai perhiasan dijalankan sebagai simbolik pelancaran.

Semua lampu pada pokok-pokok krismas tersebut akan menyala pada setiap malam, sepanjang bulan Disember ini.


Antara peserta-peserta yang menyertai perarakan di Mukah.

Para peserta berarak sejauh satu kilometer sambil menyanyikan lagu-lagu Krismas.

Ia bermula dari Dataran Pehin Setia Raja sebelum kembali semula ke tempat sama.

Setelah perarakan berakhir, semua pengunjung dan peserta turut dihiburkan dengan konsert.

Antara penampilan khas artis adalah Datuk Francisca Peter, Sufian Suhaimi dan juga beberapa artis tempatan.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 199105 Replies : 4661
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23932 Replies : 159
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41253 Replies : 251
Perfume Mana yg Best?
NaatashaPerfume Mana yg Best?
Views : 105069 Replies : 419
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 11652 Replies : 7
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30349 Replies : 222
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27126 Replies : 106
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73611 Replies : 320
On your mark get set go!!
jueazOn your mark get set go!!
Views : 2020 Replies : 0
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 9381 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 04:02 PM GMT+8 , Processed in 0.190357 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list