CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3203|Reply: 0

[Sarawak] Guru harus guna AI untuk tingkat kualiti PdP,

[Copy link]
Post time 3-12-2023 10:17 PM | Show all posts |Read mode


Lee (baris belakang, lima kiri) dan Lai (baris belakang, empat kanan) bersama guru-guru serta pemenang Pertandingan Penulisan Bahasa Cina.

MIRI: Para guru harus memahami kepentingan kecerdasan buatan (AI) dan menggunakannya secara berkesan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam bilik darjah.

Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin menekankan kepentingan guru menyedari perubahan global dalam era maklumat ini, jika tidak mereka akan ketinggalan.

“AI telah memberi kesan ketara kepada pelbagai aspek kehidupan kita, termasuk pendidikan. Banyak alatan dan aplikasi AI sedang digunakan untuk pembelajaran bilik darjah.

“Oleh itu, adalah penting bagi guru memahami AI, membolehkan mereka menggunakan teknologi ini dengan berkesan dan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran,” katanya semasa  berucap merasmikan Anugerah Perkhidmatan Persaraan dan Pendidikan Persatuan Guru Sekolah Cina Miri dan Limbang di sebuah hotel di sini, hari ini.

Lee juga menggalakkan guru meningkatkan profesionalisme mereka melalui usaha akademik.

Beliau berkata, meningkatkan pencapaian akademik individu bukan sahaja memberi manfaat kepada pembangunan kerjaya tetapi juga meningkatkan kualiti pengajaran.

Sehubungan itu, beliau menggesa persatuan memperhebatkan usaha dengan menganjurkan kursus bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mengajar ahli.

Lee turut berikrar menyokong penuh persatuan itu dengan memperuntukkan geran bagi memudahkan pelaksanaan kursus berkaitan.

Beliau menekankan keperluan untuk guru memperoleh pelbagai kemahiran berkaitan pendidikan khususnya dalam pendidikan digital.

“Dengan kebanyakan papan hitam kini digantikan dengan papan digital, kecekapan dalam menggunakan alatan dan aplikasi digital adalah penting untuk memastikan pembelajaran bilik darjah yang lancar dan memaksimumkan faedah pelajar,” katanya.

Pada majlis yang sama, beliau mengumumkan geran kerajaan di bawah peruntukan pembangunan kecil luar bandar (MRP) bernilai RM30,000 kepada persatuan itu.
Turut hadir pengerusi persatuan Lai Cheo Tian.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.051274 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list