CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3098|Reply: 0

[Sarawak] Guru tadika, taska harus tingkatkan kemahiran mengajar kanak-kanak

[Copy link]
Post time 3-12-2023 10:06 PM | Show all posts |Read mode


Lee bersama tetamu jemputan lain memotong kek sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Persatuan Pengusaha Tadika Taska Miri, malam Jumaat.

MIRI: Guru tadika dan taska digesa mengikuti kursus untuk meningkatkan cara mengajar yang bersesuaian dengan kanak-kanak, kata Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin.

Menurutnya, cara didikan atau asuhan untuk kanak-kanak di peringkat tadika atau taska berbeza dengan didikan di sekolah rendah dan menengah.

"Oleh itu, saya cadangkan para pengusaha tadika dan taska untuk menganjurkan latihan yang berkaitan kepada guru-guru mereka untuk meningkatkan kemahiran dalam mendidik kanak-kanak tersebut.

"Selain latihan atau kursus, satu persidangan juga boleh dilaksanakan dengan menjemput mereka yang pakar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dari luar untuk berkongsi pendapat dan ilmu mereka.

"Ini juga antara usaha untuk meningkatkan mutu dan perusahaan tadika dan taska masing-masing," ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu berkata demikian pada majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Persatuan Pengusaha Tadika Taska Miri, malam Jumaat.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting, ADUN Pujut merangkap Datuk Bandar Miri Adam Yii, Pengerusi Persatuan Tadika Taska Miri Shim Siew Fong dan Naib Pengerusi Persatuan Tadika Taska Miri Goh Miaw Ing.

Mengenai persatuan berkenaan, Lee memuji usaha yang telah diberikan kepada ahlinya dengan memberi pendedahan dan mengadakan lawatan pendidikan sehingga ke Taipei, Taiwan.

"Melalui video yang dipaparkan tadi pencapaian sepanjang 20 tahun persatuan bertapak di sini, banyak yang telah mereka capai termasuk mengadakan lawatan pendidikan sehingga ke luar negara untuk memberi pendedahan kepada para guru.

"Selain itu, banyak kursus dan latihan diadakan untuk para guru. Usaha berkenaan adalah sangat baik dan perlu diteruskan mengikut arus pembelajaran atau pendidikan masa kini.

"Secara langsung, usaha yang dilaksanakan sedemikian turut membantu meningkatkan taraf tadika dan taska di sini," katanya.

Tambah Lee, beliau akan terus memberikan sokongan kepada persatuan berkenaan dan sokongan terbabit bukan sekadar ungkapan sahaja, tetapi juga melalui sokongan peruntukan.

Pada majlis itu, Lee mengumumkan peruntukan berjumlah RM10,000 kepada persatuan bagi menganjurkan aktiviti untuk manfaat ahli serta masyarakat setempat.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Peti Ais Baru
vanilla_vellPeti Ais Baru
Views : 19671 Replies : 97
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 201083 Replies : 4737
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 9992 Replies : 53
เว็บแทงบอลยูโร เดิมพันบอลยูโร สมัครแอดไลน์ @UFADEAL แทงบอลบนมือถือ บอลเต็ง ...
khawjaw67เว็บแทงบอลยูโร เดิมพ
Views : 0 Replies : 0
Ex Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
bottomproEx Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
Views : 91310 Replies : 633
แทงบอลยูโร เว็บแทงบอลยูโรอันดับ 1 สมัครแอดไลน์ @UFADEAL ฝากถอนระบบออโต้ ไม่...
khawjaw67แทงบอลยูโร เว็บแทงบอ
Views : 0 Replies : 0
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27226 Replies : 108
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 192315 Replies : 1713
Beza wasap status ikut level
chaconBeza wasap status ikut level
Views : 5101 Replies : 11
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73704 Replies : 323

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 12:15 AM GMT+8 , Processed in 1.683429 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list