CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9599|Reply: 0

[Selangor] Sebak Mak Ngah buat kejutan lepas 3 hari bapa ‘pergi’

[Copy link]
Post time 2-12-2023 01:04 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar perkongsian video pada TikTok Hayati Ahmad.

PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi video menyentuh perasaan apabila memberikan kejutan istimewa kepada anak saudaranya yang baru diuji dengan pemergian bapa tercinta pada 29 November lalu.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Hayati Ahmad atau lebih mesra dipanggil Mak Ngah memberikan baju sejuk kononnya untuk digunakan Amsyar di sekolah, tetapi sebenarnya mahu membawanya ke Korea.

Setelah mengetahui tujuan sebenar, anak saudaranya terus menangis dan memeluk ibu saudaranya dengan erat.

“Sebelum ini, allahyarham telah membesarkan Amsyar sebagai seorang bapa tunggal. Kebetulan pula, keluarga kami telah merancang percutian ke Korea dan bakal terbang 7 Disember nanti.

“Tidak sampai hati membiarkan Amsyar seorang diri, kami senyap-senyap membuat kejutan istimewa untuk membawanya sekali,” kata Mak Ngah, ibu saudara Amsyar.

Kurang dari 24 jam selepas ia dikongsi, rakaman video itu mendapat lebih 1.8 juta tontonan.

Kemesraan keluarga Mak Ngah meraikan Amsyar seolah-olah anak sendiri dipuji netizen.

“Paling sedih apabila anak Mak Ngah bangun peluk Amsyar sekali. Bagusnya, tak ada sikit pun rasa cemburu dan dengki,” komen Syazwani Suzaime.

“Sebagai anak yatim piatu sejak usia muda, ‘banjir’ betul saya tengok video ini. Terima kasih orang baik, semoga Allah membalas kebaikan puan sekeluarga,” tambah Syazana Syabil. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... -3-hari-bapa-pergi/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190225 Replies : 6961
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 111759 Replies : 4867
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24747 Replies : 112
Fasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wanita Kuat
RalineFasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wan
Views : 29710 Replies : 85
Faridah Daud ada di Perak, Polis dah jumpa wanita dakwa bakal kahwini Tengku Hassanal
RalineFaridah Daud ada di Perak, Polis dah jum
Views : 38397 Replies : 93
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18385 Replies : 13
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67003 Replies : 475
Jurassic World: Rebirth (2025)
pisanggorengJurassic World: Rebirth (2025)
Views : 11108 Replies : 2
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 34085 Replies : 788
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 21384 Replies : 139

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.091160 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list