Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak yang sedang meringkuk dalam penjara sedang memohon untuk melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah (PhD).
Perkembangan itu diceritakan peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika melawat bekas Ahli Parlimen Pekan itu menjalani hukuman di Penjara Kajang.
Foto: Harian Metro
"Hampir setiap minggu (saya melawat Najib) dan kadangkala dua minggu sekali. Esok (semalam) saya akan jumpa dia lagi.
"Tetapi dalam mahkamah memang kita ada bertemu setiap kali. Kadangkala saya juga cuba duduk bersama untuk makan tengah hari dengan dia supaya boleh bersembang.
"Dia sekarang sedang membuat permohonan untuk buat PhD. Saya fikir dia sudah pun mula melakukan beberapa penulisan berkenaan PhD. Saya gembira fikirannya tidak terbiar," katanya ketika menjadi panel dalam rakaman program bual bicara Podcast Keluar Sekejap yang disiarkan menerusi Youtube pagi tadi.
Rancangan yang dihoskan oleh Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan dirakam pada Rabu lalu.
Ditanya Khairy bagaimana bekas Perdana Menteri itu memperoleh sumber bacaan untuk membantu urusan pengajian, Muhammad Shafee berkata ia dikirimkan sendiri oleh pembantunya dan perlu melalui tapisan pegawai penjara terlebih dahulu.
"Saya rasa bahan (bacaan) itu daripada pembantunya yang boleh melawatnya dan bawah buku untuk dia baca. Kena ada tapisan (untuk bawa masuk buku dalam penjara)," katanya.
Mengulas dakwaan Najib tidak menjalani hukuman dalam penjara, Muhammad Shafee menafikan tuduhan itu.
Katanya, Najib sebenarnya ditempatkan di sel penjara yang lebih selamat bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
"Dia dalam penjara. Penjara yang biasa. Tetapi atas isu keselamatan, dia diasingkan. Sebab kalau dia bersama-sama dengan orang lain, apa saja boleh berlaku bukan?," katanya.
Pada 31 Mac lepas, Najib, 70, gagal dalam usaha terakhirnya untuk menyemak sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng dana SRC International dan kini sedang menjalani hukuman itu di Penjara Kajang.-CARI
Post time 1-12-2023 11:35 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Walaupun DSNR ke dalam, projek super dia tetap jalannn, TUN RAZAK EXCHANGE (TRX) ECRL MERDEKA 118 LRT/MRT ERL GEMAS-JB, semua tu akan menaikkan nama negara seantero Asia dan juga dunia....mcm tu jer rakyat jatuhkan dia sbb termakan hasutan Atok Saka and the gang, TRX tu kemain satu malaya dok kutuk especially sepet ejen dajal red bean army, tapi masa opening, bangsa tu laaaa yg tertebeng2, selfie sana sini bangga semacam.....
[quote]KUALA LUMPUR: The government has to pay off a US$3 billion loan taken by 1MDB to fund the Tun Razak Exchange (TRX) project, a former senior official in the finance ministry told the High Court in Najib Razak’s 1MDB trial.
Siti Zauyah Mohd Desa, the Treasury’s former deputy secretary-general, said the government served as the guarantor for the loan.
Tak puas ke kena kencing...basah kuyup?
KUALA LUMPUR: The government has to pay off a US$3 billion loan taken by 1MDB to fund the Tun Razak Exchange (TRX) project, a former senior official in the finance ministry told the High Court in Najib Razak’s 1MDB trial.
Siti Zauyah Mohd Desa, the Treasury’s former deputy secretary-general, said the government served as the guarantor for the loan.
“The prime minister signed a letter of support in 2013 for this loan. 1MDB has failed to repay this US$3 billion as stated under the loan’s terms,” she said.
The court heard that 1MDB entered into a joint venture with Aabar Investment PJS in 2012 to develop TRX. Goldman Sachs helped 1MDB raise the US$3 billion through bonds.
The prosecution contended that part of the US$3 billion, or US$681 million, was transferred to Najib’s bank accounts between March 21 and April 10, 2013.
Post time 2-12-2023 11:36 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Phd lak dlm bidang apa? Aku lyn muvie tamil.dlm pnjara smbung course law. Utk kgunaan bila kuar lokap dia bukak kes, jd lawyer utk bela diri sndiri.... bosan gila la kan dduk dlm tu. Kita pkp skjp hritu pun dh xtentu arah kena kurung dlm umh masing2.
Baguslah itu ... Jika Najib nak mahu transform diri dari seorang koruptor ke ulama yang mengajarkan kebaikan, kejujuran etc etc kepada umah islam di Malaysia ... bukankah lebih baik jika mantan koruptor berubah menjadi ulama dibandingkan dengan mantan ulama berubah menjadi koruptor ketika beralih menjadi ahli parti politik ... Hehehehe