CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12083|Reply: 2

SRC RM27 Juta: Najib Razak Mohon Dilepaskan Tanpa Dibebaskan

[Copy link]
Post time 1-12-2023 03:18 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak memohon agar dilepaskan tanpa dibebaskan daripada tiga pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram dana syarikat SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM27 juta di Mahkamah Tinggi di sini.


Pihaknya membuat permohonan tersebut selepas pihak pendakwaan memberitahu pihaknya masih belum mendapat sebarang maklum balas terhadap representasi yang dihantar pada 31 Julai lalu.


Peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib berkata,


Foto: Kosmo




“Kes ini telah tertangguh selama lima tahun setengah dan pengurusan kes telah dijalankan beberapa kali. Untuk tidak memprejudiskan mana-mana pihak terutamanya anak guam saya, saya mencadangkan agar mahkamah mengeluarkan perintah dilepaskan tanpa dibebaskan.


“Sekiranya (pihak pendakwaan) mempunyai keputusan berbeza atau mempunyai perkembangan lain, kes boleh dikemukakan semula. Pada masa itu, mahkamah boleh memutuskan sama ada untuk meneruskan kes di peringkat ia terhenti atau sebaliknya,” kata Muhammad Shafee.


Mendengar makluman itu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Ashrof Adrin menjelaskan bahawa kes ini telah ditangguhkan atas persetujuan bersama kedua-dua pihak bagi membolehkan pembelaan memberi tumpuan kepada perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International berjumlah RM42 juta.


Katanya, kes disebut di Mahkamah Tinggi pada April 2019 dan pada ketika itu kedua-dua pihak bersetuju untuk menangguhkan kes sehinga perbicaraan SRC (seleweng dana RM42 juta) selesai sepenuhnya.


“Perbicaraan SRC (seleweng dana RM42 juta) telah berakhir pada Ogos 2022 dan semakan tamat pada Mac 2023. Representasi dihantar pada 31 Julai lalu dan diterima pada 2 Ogos lalu. Dalam tempoh itu sehingga hari ini, kes ini telah ditetapkan untuk pengurusan kes sebanyak tiga kali termasuk hari ini,” kata pendakwa raya itu.


Justeru, Mohd. Ashrof memohon agar pihaknya diberikan tarikh akhir pengurusan kes tersebut bagi membolehkan beliau mendapatkan jawapan representasi.


Sementara itu, menjawab pertanyaan Hakim K. Muniandy mengenai kelewatan Peguam Negara membuat keputusan berhubung representasi itu, Mohd. Ashrof memberitahu kerana kes itu membabitkan individu berprofil tinggi.


“Kes turut membabitkan dokumen yang banyak dan pertimbangan juga perlu mengambil kira kes-kes (Najib) yang masih berjalan,”ujar Mohd. Ashrof.


Selepas mendengar makluman dan hujah kedua-dua belah pihak, Hakim Muniandy kemudian menetapkan 19 Januari tahun sebagai tarikh akhir untuk Peguam Negara membuat keputusan berhubung representasi itu.


Pada 3 Februari 2019, Najib mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan pengubahan wang haram, iaitu menerima wang berjumlah RM27 juta hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya.


Najib didakwa melakukan kesalahan terbabit di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, No. 55, Jalan Raja Chulan, pada 8 Julai 2014.


Bekas Perdana Menteri itu didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.


Seksyen itu memperuntukan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. –CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2024 08:49 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 04:30 AM | Show all posts
Do you want me to?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.544717 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list