CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 23615|Reply: 72

"Nak Saya Berzina Atau Kahwin Lain?" – Ustazah Norhafizah Tak Senang Kaum Suami Ugut Isteri Untuk Poligami

[Copy link]
Post time 1-12-2023 11:57 AM | Show all posts |Read mode
Isu poligami yang sedang hangat kini turut mendapat perhatian penceramah bebas, Datuk Dr Norhafizah Musa.


Di Tiktok, beliau memberi pandangan berhubung kenyataan yang sering diberikan oleh kaum lelaki berkenaan zina dan poligami.


"Ini pandangan peribadi ustazah, ustazah kerap mendengar ada suami dan kadang-kadang ada juga ustaz yang menyebut kepada isteri mereka ‘kamu nak saya berzina ke atau kamu nak saya kahwin lain?’


Foto: IG




Kesal dengan kenyataan yang berbaur ugutan itu, Ustazah Norhafizah tampil menjelaskan tentang perbezaan zina dan poligami dengan mengambil pengajaran daripada Nabi SAW.


"Wahai para suami, saat kamu desak atau kamu ugut isteri kamu..isteri kalian ada bukan? Kenapa nak kata zina?


"Nabi SAW sebut kepada para suami, kalau kamu nampak dekat luar sana ada perempuan-perempuan yang mungkin tiba-tiba menaikkan syahwat kamu, datang keinginan kamu..pergi balik dan datangi isteri kamu. Isteri kamu ada apa yang perempuan itu ada.


"Kalau berzina tuan-tuanlah yang menanggung dosanya jadi tolonglah bagilah pilihan yang lebih adil. Carilah apa yang istimewa pada isteri kita. Soal kahwin lain itu tak mengapa tapi bukanlah zina. Tak boleh samakan kahwin lain dengan berzina."





Beliau juga sempat menitipkan nasihat kepada kaum adam supaya menjaga tutur kata dan tingkah laku masing-masing walaupun sudah memasang niat untuk bernikah lagi.


"Jagalah taqwa kita, jagalah diri kita. Bayangkan anak lelaki kita cakap macam tu mesti kena penampar.


"Nak kahwin pun kena tengok juga, mampu atau tidak? Jangan sewenang-wenang kata macam itu."


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat Ustazah Norhafizah selain berharap agar perkahwinan yang dibina tidaklah semata-mata bersandarkan kepada nafsu. -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2023 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Perempuan kena belajar hukum bnyk2 supaya dah dibodohkan si jantan penunggang agama. See? Rasulullah pun suruh balik n hadap isteri bila rasa terangsang dgn perempuan lain. Bukan menggatal or berskandal. Ajaran@sunnah rasullullah yg ni xmo ikut pulak yeaa... Dasarrr...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 12:32 PM | Show all posts
sila berzina.

lepas tu nak aku tolong rejam pun boleh.

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 02:40 PM | Show all posts
malang betul sapa dpt laki yg mentaliti 3rd class yg utamakan kepala kotey mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 03:05 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 1-12-2023 12:32 PM
sila berzina.

lepas tu nak aku tolong rejam pun boleh.

depan belakang rata je...bkn kawen sbb napsu..sbb bisnes je..kata abg jamil kepada rakan2 opis
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 03:28 PM | Show all posts
mmg sebelum2 ini kita ajar oleh golongan pak setad bahawa lelaki yg kawin lebih boleh elakkan zina ka?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2023 07:33 PM | Show all posts
kalau aku, aku jawab je, go ahead berzina......do i care?.....gihtewwwwww.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapalah nak kaitkan zina dgn kena kahwin. Kena kahwin? Bukan tentang poligami je. Kahwin masa umur terlalu muda pun sama. Dah tu, nak elak zina, kahwin, anak2 5/6 org. Lepas tu, suka kat perempuan lain, kahwin lagi,anak yg 5/6 org tadi apa cerita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2023 09:26 PM | Show all posts
Nurul8001 replied at 1-12-2023 08:14 PM
Kenapalah nak kaitkan zina dgn kena kahwin. Kena kahwin? Bukan tentang poligami je. Kahwin masa umur ...

betul cakap you....mcm takde benda lain dalam hidup ni.......

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelemahan terbesar jantan  sundal adalah bughitt !!(kalo bukan bapokk)
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Nurul8001 replied at 1-12-2023 08:14 PM
Kenapalah nak kaitkan zina dgn kena kahwin. Kena kahwin? Bukan tentang poligami je. Kahwin masa umur ...

Well said! Tp xramai ustaz2 nk tegur benda ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
ni ke setajah yg jual quran bling2 harga ribu raban?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2023 03:54 PM | Show all posts
Khwin lain je sng
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2023 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
myakayina replied at 1-12-2023 02:40 PM
malang betul sapa dpt laki yg mentaliti 3rd class yg utamakan kepala kotey mcm ni..

Kesian kak Wan Azizah
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2023 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Uihh ustazah islam ke tak ni? Jarang nak dengar orang agama salahkan pihak lelaki, yela kan orang puan ni ahli neraka..
sikit2 ugut tak bau syurga..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2023 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Lemahnya wahai lelaki.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2023 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang laki ni sunnah yang tu je nampak yang bikin baran kalau orang perempuan tak setuju. Terus weh dikata berdosa menolak hukum Allah. Yihhh
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2023 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Redskin at 3-12-2023 06:38 PM

Kalau si suami tu mmg betul2 mampu memberi nafkah zahir, batin dan berlaku adil...apa salahnya sebab dlm Al Quran dah disebut
(Al Quran Surah 4:3)
If ye fear that ye shall not be able to deal justly with the orphans, Marry women of your choice, Two or three or four; but if ye fear that ye shall not be able to deal justly (with them), then only ONE, or (a captive) that your right hands possess, that will be more suitable.

Ramai jer kapiaq yg aku kenal kawin mmg sorang, tapi berzina dgn berpuloh pompuan diblkg istetinya.
Kapiaq ni depan isteri pijak semut pong tak mati. Pernah aku tanya member2 aku tak rasa bersalah ke. Diorang jawab " isteri diorang cakap selagi tak nampak depan mata, lantak la dia nak main dgn pompuan lain asalkan.jangan bagi nampak.

Ooooo...gituuu !!
Member2 aku ni ramai Kisteaaa mostly Filipino dan European....mmg kaki pompuan, maklumla bila berada jauh dari keluarga diluar negara.

Yg menjadi masalah, bila suami tu tak mampu, gaji ala kadar, sorang bini pong tak terjaga ada hati nak tambah bini. Mmg aku marah lelaki begini tidak bertanggung jawab.
Satu lagi kesihatan lelaki tu, mmg kaya tapi kalo sihat takpe, ini ada yg berpenyakit tapi nak tambah bini...adoiiyaiii..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2023 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Klau ugut sampai nk berzina, nampak nau jantan tu dh x suka bini pertama baik mintak cerai je la....silap2 esok dia ugut nk mengunyit dgn jantan lain pun tonggang agama jugak
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2023 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Bini kalau dimomokkan dgn ungkapan mcm ni, angkat kaki je lah. Jenis jantan kategori x mampu nk berpoligami sbb tu guna tiket zina.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.420014 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list