View: 13865|Reply: 5
|
Kemaluan Terputus Semasa Berkhatan, Tak Boleh Sambung Balik- Kanak-Kanak Berubah Jadi Pemarah Dan Suka Menyendiri
[Copy link]
|
|
Kemaluan seorang kanak-kanak terpotong ketika majlis berkhatan beramai-ramai di sebuah pusat kesihatan di Daerah Lahat, Sumatera Selatan, Indonesia.
Berita Satu melaporkan, bapa mangsa yang berang hadir untuk membuat aduan bersama keluarganya di sebuah balai polis di Palembang.
Kejadian terbabit dilaporkan berlaku pada 17 Oktober lalu.
Foto: Berita Satu
Peguambela mangsa, Fitriadi berkata kanak-kanak tersebut mengalami perubahan sikap selepas kemaluannya terputus semasa berkhatan.
“Secara psikologi kanak-kanak itu mengalami perubahan, dia sering marah dan sering menyendiri,” kata Fitriadi kepada pemberita.
Menurut keluarga kanak-kanak itu pula, berdasarkan pemeriksaan perubatan, kemaluan yang sudah terpotong tersebut tidak boleh disambung semula.
Sementara itu bapa budak itu, Alex Musriawan berharap akan ada keadilan untuk anaknya.
“Kami meminta keadilan. Kes ini diserahkan sepenuhnya kepada peguam,” jelasnya. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
kt msia pun pnh jadi
menang kes tu
ade threadnya
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku dah pening dengan CI ni.
Forummer xde nama dok up thread lama
|
|
|
|
|
|
|
| |
|