CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8743|Reply: 31

Ibu Berpantang Dalam Kereta Buruk Bersama Bayi Usia Empat Hari, Seorang Lagi Anak Demam Teruk

[Copy link]
Post time 30-11-2023 02:33 PM | Show all posts |Read mode
Tular foto seorang wanita yang terpaksa berpantang di dalam sebuah kereta bersama bayinya.


Wanita itu yang ditemani seorang kenalan lelaki baru sahaja melahirkan seorang bayi perempuan, beberapa hari lalu.


Disebabkan masalah yang tidak didedahkan, mereka terpaksa tinggal di dalam sebuah kereta usang yang diletakkan di tepi jalan di Sungai Petani, Kedah.




Foto: mStar




Menerusi foto tular di media sosial sejak Rabu malam, kelihatan wanita bertudung berusia 26 tahun itu sedang meriba bayinya di kerusi depan sebelah pemandu.


Di bahagian tempat duduk belakang kereta yang dilihat sudah uzur keadaannya pula, seorang lagi anaknya sedang tidur kerana mengalami demam teruk.


"Ada sebuah keluarga terpaksa tidur dan berpantang bersama bayi empat hari di dalam kereta. Tak ada tempat tinggal.


"Wanita itu baru bersalin empat hari. Anak yang seorang lagi demam teruk pula," kongsi seorang individu menerusi laman Facebook.


Dalam perkembangan terbaharu, Ketua Operasi Murtadha Dakwah Centre Muhammad Ridzuan Osman memaklumkan individu dalam kes yang tular itu telah menerima bantuan sewajarnya.


Ridzuan memaklumkan wanita itu yang juga ibu kepada tiga cahaya mata telah dibantu untuk mendapatkan penginapan sementara.


Malah, wanita itu telah menerima kunjungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Zakat Negeri Kedah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) serta pihak klinik kesihatan.


"Semalam dapat panggilan bertubi-tubi. Dimaklumkan ada wanita dengan bayi empat hari tidur dalam kereta, tiada tempat tinggal. Kami pergi tengok, rupanya memang betul.


"Cuma ada masalah yang menyebabkan mereka duduk di situ. Malam itu juga kami jumpa mereka. Pihak kami bawa balik dan pergi ke klinik untuk rawatan sebab anaknya demam.


"Kami juga dah bagi penginapan untuk wanita tersebut dengan anaknya. Kami tengah dalam proses untuk selesaikan masalah mereka," katanya kepada mStar.


Menjengah ke ruangan komen Facebook, ramai netizen yang bersimpati, malah ada yang menyuarakan hasrat untuk menghulurkan bantuan kepada wanita berkenaan.


"Allahuakhbar. Dengan baru bersalin, nak betul-betul urat. Semoga ada insan mulia yang dapat menolong mereka.


"Semoga ada pihak dapat membantu akak ini dengan anak-anak.


"Moga ada insan yang tolong. Akak tu baru bersalin, mana boleh duduk dalam kereta macam tu," tulis beberapa netizen.


Untuk rekod, MADADCare - Murtadha Dakwah Centre merupakan organisasi bukan kerajaan (NGO) berpengkalan di Kedah yang menjalankan kerja-kerja kebajikan dan banyak membantu asnaf di seluruh Malaysia. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2023 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Warganegara ke ni nok?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 03:02 PM | Show all posts
yang duduk tepi highway tu ka? pernah dulu tolong satu family ni tinggal dlm kereta.. katanya lakinya kerje guard..dulu dpt umah sewa..tp covid punya hal..xmampu byr..

org yang sama ??

anaknya masa tu ada 1 org ja... dia nak beli makanan..kebetulan aku blkg dia.. betul2 dia beli nasi 1 bungkus dengan taugeh jaa... rm 3 ke 2 ringgit rnr  cas...

dia abis beli aku panggil interbiu dia...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 03:04 PM | Show all posts
Siapa kenalan lelaki yang menemani sheols? BF?

Laki sheols mana? Banyak pulak persoalan di sini.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Takda suami ke? Sb ditemani kenalan lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 03:24 PM | Show all posts
takde husband
takde family ke
anak terbuang ke
tapi mcm mana masa ngandung
stay dalam kereta juga
sungguh2 tak paham
pompuan2 yang rela menyusahkan diri sndri
kalau taka kesian kat diri sndri
tu anak2 tu
kecik2 dah hidup mcm org nomad
sila lepas nie beringat2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2023 03:57 PM | Show all posts
"Wanita itu yang ditemani seorang kenalan lelaki baru sahaja melahirkan seorang bayi perempuan, beberapa hari lalu.Disebabkan masalah yang tidak didedahkan"

Apsal la iolls rasa fishy sangat nihhhh


Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana Melayu Islam tak saling membantu ke?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2023 03:59 PM | Show all posts
bila baca rasa sedih..tapi kenapa jadi camni mesti ada sebab...semoga dipermudahkan ujian dari Allah
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 04:10 PM | Show all posts
aku kesian kat anak yang demam dan baby tu
macammana hidup dlm kete time siang2 tu nak kencing mandi berak sume
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Please lepas bantu dia, tolong bawak pegi clinic utk ikat peranakan..kesian anak2 wehhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Saat ada org sekali lunch or dinner smpi rm 1k, Masih ada insan yg nak mkn pun tade duit. Only in Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 04:54 PM | Show all posts
i bet anak-anak mesti takde dokumen..
berbau ikang sangat kisah dia..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Skrg ni trend susah je dok dlm keta....
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
lakinya mana??
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 05:35 PM | Show all posts
Kenalan lelaki
Baru beranak
Masalah dalaman keluarga
M. Hntr la anak u kat jkm. Bersihkan diri cari keja. Then jaga balik anak when da berdiri atas kaki sendiri. Jangan la seksakan anak. Please.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2023 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Suami mana suami. Kalau dah bercerai pon menjadi tanggung jawab si ex-husband untuk pastikan ex-wife dapat penjagaan rapi masa dalam pantang sebab ingat senang ke nak beranak.
Family mana? Adakah sebatang kara?
Sebab tu la orang cakap kegagalan paling besar perempuan boleh buat ialah pilih partner yang salah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
bakawali_04 replied at 30-11-2023 03:24 PM
takde husband
takde family ke
anak terbuang ke

Tpkikir gak ponouan umur 26 anak 3 sorg baru beranak umur 4 hari,sorg lagi sakit demam...lagi sorg x dinyatakan pulak,mana suami dia,mana keluarga dia x dinyatakan pulak...kut ditinggalkan suami dibuang keluarga ke x tahulah tapi mmg kesian la kat anak2,harap dh diberi bantuan ni dia leh fikir untuk rancang masa depan anak2
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannyaa. Penat bersalin tak habis lagi. Kena hidup macamtu pula. Takboleh nak bayangkan
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian anak2
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.048330 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list