CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5782|Reply: 22

Runtuhan Bangunan Di Penang: 5 Pekerja Asing Tiada Caruman Perkeso, Majikan Bakal Dikenakan Tindakan

[Copy link]
Post time 30-11-2023 02:15 PM | Show all posts |Read mode
Lima pekerja asing yang terbabit dalam runtuhan tapak pembinaan di Batu Maung, dekat Bayan Lepas, Pulau Pinang pada Selasa malam tidak mempunyai rekod caruman dan pendaftaran dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).


Menurut Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar, Perkeso akan mengambil tindakan perundangan terhadap majikan yang bertanggungjawab menggaji pekerja asing di tapak projek pembinaan gudang logistik itu.


Kegagalan majikan mendaftar dan membayar caruman pekerja asing itu jelas melanggar Seksyen 6, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).


Foto: mStar




“Kegagalan mendaftarkan dan mencarum pekerja asing boleh didakwa mengikut Seksyen 94, Akta 4 yang membawa hukuman denda RM10,000 atau dua tahun penjara, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


“Kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana majikan yang culas mendaftar dan membayar caruman pekerja asing, sekali gus menafikan hak perlindungan sosial mereka,” katanya pada Jumaat.


Hasil semakan kementerian terhadap empat pekerja asing, masing-masing dua yang maut dan dua mengalami cedera parah dalam kejadian menyayat hati pada Rabu mendapati mereka mempunyai rekod pendaftaran dengan Perkeso, tetapi tiada caruman, sejak diambil bekerja antara 2020 hingga Julai 2023.


Bagaimanapun, seorang lagi pekerja asing yang maut tidak mempunyai rekod pendaftaran dan caruman dengan agensi itu.


Sebagai makluman, semua pekerja asing, termasuk yang berkhidmat sebagai buruh di sektor pembinaan diwajibkan untuk mendaftar dan mencarum dengan Perkeso, berkuat kuasa sepenuhnya 1 Januari 2020.


Perkeso juga sedang menjalankan semakan dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia; Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia serta agensi berkaitan, mengenai empat lagi pekerja asing yang dilaporkan tertimbus di bawah serpihan runtuhan di lokasi kejadian.


Terdahulu, media melaporkan berlakunya insiden runtuhan di tapak pembinaan bangunan gudang logistik di Batu Maung, menyebabkan beberapa pekerja tertimbus. -CARI


Sumber: mStar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2023 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam la kita terkejut yg depa (pura2) tak tau pulok..sedangkan ini antara sb majikan Msia suka amik warga asing.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko pi la check..mmg rata2 pekerja asing ni x de register mahupun caruman...entah2 permit pun dah mati...korang je yg x buat kerja..semua makan rasuah je mintak duit dari warga asing yg kat construction.  Biasa dah ...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 03:31 PM | Show all posts
RM10k...?

Dia punya untong lagi banyak la wehh.
Kasi penjara laa baru tau tinggi rendah langit.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh...majikan is always right katakan.majikan pun b40 jugak katanya..majikan xder duit, mana ckp nk byr carum..staff nih lah bodoh. Buat kerja xbtul.dah xpasal2

Gituh karangan sinis aku
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
perkeso pun perangai hanat
Nak claim bkn main susah
Dapat pun ciput je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2023 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Sungguh wei..staff aii kena..depa mintak  gambaq dia di lokasi accident..aja gila kawan tu terbaring kena langgaq dgn lori nk ambik gambaq lagu mana..mintak lukis laluan ke opis.. addooiii..dah tu perkeso question pasai pa dari GH ke private.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 10:45 PM | Show all posts
Edited by brego at 30-11-2023 10:49 PM

itu pasal majikan suka buruh asing
buat perkerja macam hamba abdi

keje long hours, gaji minimum
benefit takdak, insurans takdak, epf takdak

majikan manyak jimat

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2023 10:47 PM | Show all posts
sekadar saman jer la

pekerja yg jadi mangsa tetap tak dapat apa
mati katak

itu la human trafficking malezija
tapi tetap jadi sorga pendatang asing
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
orkid_amani replied at 30-11-2023 08:51 PM
Sungguh wei..staff aii kena..depa mintak  gambaq dia di lokasi accident..aja gila kawan tu terbaring ...

aja gila tu apa?
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 2-12-2023 12:42 AM
aja gila tu apa?

Typo sis..kerja gila..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
orkid_amani replied at 2-12-2023 02:25 PM
Typo sis..kerja gila..

Ooooooooo ok faham. Thanks.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni baru sedikit indikator tentang berleluasanya rasuah di Penang.... Ketua Menteri sekarang bergaduh dgn LGE sebab memasing berebut benda haram ni juga la
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2023 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022 replied at 2-12-2023 11:42 PM
Ni baru sedikit indikator tentang berleluasanya rasuah di Penang.... Ketua Menteri sekarang bergaduh ...

Banyak project mega odw nak naik la ni kat Penang Island.maassyuuukkk laaa..confirm ada manis2 kn
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2023 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
orkid_amani replied at 3-12-2023 07:33 AM
Banyak project mega odw nak naik la ni kat Penang Island.maassyuuukkk laaa..confirm ada manis2 kn: ...

Terowong bilion2 pun boleh lesap kena sakau kahkahkahkahkah....

Tapi pandai berlakon suci terpaling integriti, jujur, amanah, tatonah bagai
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2023 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Gile... Denda rm10k je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2023 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022 replied at 3-12-2023 10:29 AM
Terowong bilion2 pun boleh lesap kena sakau kahkahkahkahkah....

Tapi pandai berlakon suci terpali ...

Bukan laa yuu . tagline Penang..Penang hellock dah..cleaner greener Penang
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2023 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita JKKP tak masuk lagi ni.
Kompem ada yg kena senarai hitam.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 08:53 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 06:04 AM | Show all posts
Aku dah pening dengan CI ni.
Forummer xde nama dok up thread lama
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:09 AM GMT+8 , Processed in 0.076254 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list