|
Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun di Indonesia menjadi mangsa rogol tiga orang lelaki dewasa.
Tribun News melaporkan, mangsa telah diikat dan tiga orang lelaki tersebut akan bergilir-gilir merogolnya.
Menurut Ketua Perhubungan Awam Polis Padang, Ipda Yanti Delfina, suspek didakwa melakukan jenayah rogol terhadap seorang pelajar sekolah rendah.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202311/29/201912jz0anjo1dlyzv11t.png) Gambar Hiasan
Tambahnya, tangan dan kaki mangsa diikat pada kerusi di rumah pelaku. Walaupun mangsa menjerit meminta tolong, suspek tidak menghiraukannya malah menampar mulut mangsa.
Bukan itu saja, mereka turut menutup mulut mangsa menggunakan pita pelekat sebelum merogolnya secara bergilir-gilir.
Walaupun begitu, ketiga-tiga suspek telah ditahan pada Isnin lalu.
Penjenayah itu ditahan tanpa sebarang tentangan dan dibawa terus ke Pejabat Polis Padang untuk siasatan lanjut.-CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|