CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3193|Reply: 0

[Perak] Dua individu dipercayai ibu bapa tinggal empat beradik kena tahan

[Copy link]
Post time 29-11-2023 12:21 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Ipoh: Polis menahan dua individu dipercayai ibu bapa kepada empat beradik yang ditinggalkan di hadapan pondok pengawal Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah dekat Kampung Gajah, 23 November lepas.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Hafezul Helmi Hamzah berkata, kedua-dua individu itu ditahan dalam tangkapan berasingan selepas pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kampung Gajah.

"Polis menahan lelaki terbabit pada Isnin lepas serta merampas sebuah motosikal Modenas Kriss berwarna biru serta pakaian yang digunakan lelaki itu semasa kejadian.

"Polis juga turut berjaya menahan seorang wanita semalam dan merampas sebuah telefon bimbit. Kedua-dua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah untuk siasatan lanjut kes ini," katanya dalam kenyataan.



Hafezul Helmi berkata, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 33 (a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana membiarkan kanak-kanak ditinggalkan tanpa pengawasan yang sewajarnya.

Menurutnya, siasatan berkenaan kejadian itu masih dijalankan dan orang awam dinasihatkan untuk tidak menyebarkan sebarang maklumat atau berita tidak sahih yang boleh menggusarkan masyarakat setempat.

Pada Jumaat lepas, Hafezul Helmi berkata, pihaknya menerima maklumat melalui pegawai JKM daerah, 5.39 petang pada 23 November berhubung kejadian empat beradik termasuk seorang bayi dipercayai ditinggalkan di hadapan pondok pengawal kompleks berkenaan.

Beliau berkata, kejadian kira-kira 10.50 pagi itu membabitkan dua kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dan tiga tahun, bayi lelaki berusia 10 bulan dan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun.

Hafezul Helmi berkata, berdasarkan keterangan, adik-beradik malang itu dipercayai ditinggalkan oleh seorang wanita tidak dikenali yang menaiki sebuah kereta.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -beradik-kena-tahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.043933 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list