View: 4367|Reply: 48
|
Wanita Buntu Nak Batal Atau Teruskan Nikah Jika Bakal Suami Positif HIV
[Copy link]
|
|
Seorang wanita bimbang sekiranya bakal suami didapati positif HIV selepas mereka melakukan ujian saringan HIV pra perkahwinan.
“Kita buat ujian HIV untuk kahwin, tiba-tiba keputusan pasangan positif.
“Patutkah kita teruskan perkahwinan dengan pasangan ni atau lebih baik berpisah,” soalnya di media sosial.
Gambar Hiasan
Pada masa sama dia turut memaklumkan, persiapan perkahwinan sudah hampir 80 peratus selesai.
Sudah tentu timbul masalah untuk tidak meneruskan majlis pernikahan seperti yang telah dirancang.
“Kalau nak putus, apa alasan yang nak bagi pada mak ayah? Pasangan positif HIV ke? Nanti memalukan.
“Rasa membazir duit sebab kumpul untuk kahwin ni,” luahnya lagi.
Di ruangan komen, kebanyakan netizen mengecam wanita terbabit dan menyifatkan dia seolah-olah menghina pasangan tanpa mendapatkan penjelasan terlebih dahulu serta tidak setia.
Malah ada yang mengagak dia akan mengungkit semula kisah silam sehingga membuatkan pasangan berasa tidak selesa dan kecewa.
“Kau tak payah kahwin dengan lelaki tu sebab kau bukan orang sesuai untuk dia... di sini (media sosial) pun nampak dah kalau kahwin, mesti kau akan ungkit kisah silam. Kalau kau sayang, kau tak tanya netizen.
“Tanya dulu kenapa, ni kau dah fikir nak bagi alasan apa... tak semestinya sebab cara hidup dia. Jangkitan boleh berlaku dalam banyak cara, bagus juga dia tak jadi kahwin dengan kau.
“HIV bukan jijik pun. Bukan semua orang dapat sebab seks bebas atau dadah saja,” ujar beberapa warga maya.
Bagaimanapun tidak kurang juga yang menasihatinya supaya membuat keputusan terbaik sama ada mahu teruskan hubungan bersama pasangan atau berpisah.
“HIV boleh dirawat dan diuruskan, memang tiada ubat yang boleh sembuhkan tetapi tuan badan dapat sihat. Rujuk ubat berkaitan jika nak teruskan perkahwinan.
“Cakap sahaja tak ada jodoh. Tak mahulah kahwin tapi tak kekal lama... kita pun kena jaga aib dia.
“HIV ni penyakit bahaya. Habis keturunan kau binasa nanti kak, tinggalkan... biar dia cari solusi sendiri nak dapatkan rawatan. Banyak sangat orang sekarang normalise HIV ni,” tambah segelintir netizen lagi. -CARI
Sumber: mStar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kawen dgn orang lain.tak pung tak kawen
Tu je..
|
|
|
|
|
|
|
|
better run for your life lah dari kawen dgn org ada HIV |
|
|
|
|
|
|
|
Well nowadays dengan ubatan yang ada, mampu 'menidurkan' the virus. So kalau dia +ve pun, and dia makan ubat, there's no way HIV can be transmitted cause Undetectable = Untransmittable. U=U |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nk proceed jgk better takyah test la ek tujuan testing tu utk elak mende tak elok hmm |
|
|
|
|
|
|
|
Tak silap bila salah sorang HIV+ (HIV dgn Aids lain), nanti akan kena counselling, masa tu la decide. Cuma tu lah kalau tak jaga betul, anak2 MUNGKIN akan dapat juga. |
|
|
|
|
|
|
|
electricopop replied at 28-11-2023 10:01 AM
Well nowadays dengan ubatan yang ada, mampu 'menidurkan' the virus. So kalau dia +ve pun, and dia ma ...
But still ada risiko juga. Kesan pada mental juga bila org keliling mungkin akan avoid kita sekeluarga. Impact pada anak lagi mental n fizikal.
Rasanya x perlu selfish dan calculate on money. Kesihatan paling penting. Belum kena hiv lagi boleh la kata rugi duit dah spend 80%. Tapi bila compared kan dengan kesihatan, rasanya better pilih kesihatan.
Long term susah nak istiqomah dgn pasangan yg ada hiv ni. Unless mmg betul2 kuat nak lalu n rasa berbaloi. Life cuma sekali, kadang2 kena selfish utk kebaikan diri sendiri. Siapa lagi nak sayang diri sendiri, kalau bkn diri sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang dah U=U (Undetectable = Untransmittable). Kalau decide nak terima jua pasangan, kaunselor akan bagi advice perubatan, waktu bersama dll. |
|
|
|
|
|
|
|
Yes, ramai je yang +ve, bila kahwin, Alhamdullillah isteri dan anak semua -ve sebab dah U=U.
That's why kena banyak educate ourselves jugak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus sekarang medical advancement. Dulu2 mana ada kan tu sebab compulsory kena buat test sebelum nikah. OT jab, kawan i, dapat tau dia ada thalasemia bila nak buat fertility treatment. Selama ni parents dia tau, derang carrier. Terus tak jadi buat treatment.
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols pernah terpikir 'what if' ni msa buat test dlu sblum hantar borang nikah n dh ready jawapan if result positive cancel kawin xpayah proceed sbb i x rajin n malas nk hadap next2 step nya... |
|
|
|
|
|
|
|
Poremer dlm ni verani ka kawen dgn pasangan yg hiv positip.. u=u ka v^^v ka.. risiko nak dpt tu, tetap ada.. |
|
|
|
|
|
|
|
ada yang komen kawen jek...biar betul pemikiran org2 skrg.....aje ya nak kawen dgn org ada HIV...x kisah la dia dapat kot tang mana pun....
selamatkan aje lah diri sendiri dulu...biar lelaki tu dan keluarga uruskan hal HIV dia...knp nak serah diri awal2...risiko di jangkiti tetap ada kan..?
kot ada U=U pun...berani ke..? klu iouls tak berani..hahhaha..
|
|
|
|
|
|
|
|
Masa bertunang dn merancang nak kawen mesti ada pakatan dua belah pihak. Maka bila terjebak dgn masaah begini, pasangan positif HIV, pakatlah baik2 dgn orang2 tua atau waris yg wajib sahaja, bincang elok2 kenapa perkahwinan perlu dibatalkan. Jadikan perbincangan/musyawarah itu spt perbincangan rahsia demi menjaga aib kedua2 belah pihak. Fikirkan sejauh mana penyakit HIV ni boleh dibendung atau merebak esp. kpd pihak isterinya. Keputusan akhirnya ialah pd diri sendiri kerana diri sediri yg akan menanggungnya. |
|
|
|
|
|
|
|
seri_mawr replied at 29-11-2023 03:28 PM
ada yang komen kawen jek...biar betul pemikiran org2 skrg.....aje ya nak kawen dgn org ada HIV...x k ...
itu pentingnya knowledge sis.... banyakkan membaca utk beroleh kesedaran dan mengelakkan stigma. Untuk PLHiV yang makan ubat secara teratur dan viral load undetected, in sha Allah risiko utk menjangkiti pasangan sangat rendah. Sekarang ni pun ada kaedah untuk memperoleh zuriat walaupun pasangan tu ada hiv tanpa memindahkan virus tersebut ke pasangan... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau u clean... Batalkan sajork... Jgn ikutkan perasaan... But kalau dua2 dah ada HIV, yg ini i rasa tak ada masalah kot |
|
|
|
|
|
|
|
Kann...nk hadap kaunseling lg, pastu hadap mak ayah lg, adik beradik...
Jgn acah2 kental lh xnak bgtau mak ayah , adik beradik terdekat nk rahsia bagai biar tanggung berdua je... hari2 n tahun2 ke hadapan dgn dorg ni jugak kita bergantung harap if jd apa2.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lorrrr ada otak pikir lah |
|
|
|
|
|
|
| |
|