CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 483|Reply: 0

[Selangor] Kekal sorok identiti, bimbang wujud riak dan takbur

[Copy link]
Post time 26-11-2023 10:52 AM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA: Biarpun sudah beberapa kali menerima asakan untuk mendedahkan identiti, pempengaruh, AZ Pemurah lebih senang menyembunyikan wajah sendiri ketika menyantuni mereka yang memerlukan.

Kongsi AZ Pemurah, dia lebih senang dengan menyembunyi identiti kerana takut jika perasaan riak dan takbur mula menguasai diri sendiri kerana mungkin terlalu suka dengan perhatian ketika melakukan kebajikan.

“Memang ramai yang tanya, siapa AZ Pemurah ini. Kalau dalam video atau gambar pun, memang saya tak akan tunjuk wajah. Bukan apa, lebih kepada menjaga diri sendiri daripada pelbagai perasaan takbur dan riak.

“Saya mahu buat kebajikan, bantu orang tanpa perlukan perhatian. Cukuplah Tuhan tahu niat dan keikhlasan saya. Ini adalah cara saya berkongsi rezeki dan mengumpul amal menuju ke negeri abadi,” ujarnya.

Pempengaruh yang juga usahawan itu ditemui ketika program Pengagihan Makanan Menyantuni Gelandangan di sekitar Chow Kit, di sini semalam.

Dalam pada itu, AZ Pemurah berkata, mereka yang pernah dibantu juga memahami dan menghormati permintaannya untuk tidak menyebarkan wajah serta identitinya.

“Adakala bila saya pergi ke program-program kebajikan, saya tak pakai pelitup muka. Kadang-kadang, terjadi spontan kan. Tetapi mereka tak ambil video atau gambar pun, hormat cara saya.

“Walaupun mungkin ramai yang tertanya-tanya, saya lebih senang begini sahaja. Kalau ada yang nampak wajah saya di luar, saya minta jangan sebar atau muat naik. Alhamdulillah, mereka hormat permintaan saya,” katanya.

Diaju soalan pernahkah dia menerima kecaman lantaran memuat naik video-video kebajikannnya di media sosial, AZ Pemurah berkata, jarang sekali.

“Mungkin daripada 1,000 komen, ada satu yang kecam. Tetapi Alhamdulillah, tidak melampau dan kasar pun.

“Mungkin sebab saya sendiri tidak tunjuk identiti di media, jadi kalau nak cakap mahu perhatian jauh sekali kan.

“InsyaAllah, saya akan kekal dengan cara begini. Lebih senang,” ujarnya yang memiliki lebih 1.5 juta pengikut di TikTok.

https://www.utusan.com.my/nasion ... ud-riak-dan-takbur/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190225 Replies : 6961
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 111759 Replies : 4867
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24747 Replies : 112
Fasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wanita Kuat
RalineFasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wan
Views : 29710 Replies : 85
Faridah Daud ada di Perak, Polis dah jumpa wanita dakwa bakal kahwini Tengku Hassanal
RalineFaridah Daud ada di Perak, Polis dah jum
Views : 38397 Replies : 93
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18385 Replies : 13
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67003 Replies : 475
Jurassic World: Rebirth (2025)
pisanggorengJurassic World: Rebirth (2025)
Views : 11108 Replies : 2
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 34085 Replies : 788
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 21384 Replies : 139

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.042251 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list